Sumber khalayak
Sumber khalayak atau urun daya[1] (bahasa Inggeris: crowdsourcing ) ialah suatu model pencarian sumber di mana individu atau organisasi mendapatkan barangan dan perkhidmatan, termasuk idea dan kewangan, daripada kelompok pengguna Internet pengguna yang besar, agak terbuka dan sering cepat berubah. Ia membahagikan tugas antara peserta untuk mencapai suatu hasil yang akumulatif.
Konsep ini telah lama wujud sebelum zaman teknologi digital (yakni "di luar talian"),[2] di mana pandangan orang ramai dilibatkan dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang sukar ditangani dengan sendirinya meskipun dalam kalangan pihak bertanggungjawab yang arif; sama ada melalui pungutan suara, pertandingan mahupun cabaran.
Peristilahan dan pentakrifan
suntingPeristilahan yang menggambarkan konsep ini dengan tepatnya dirasmikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka di Malaysia pada tahun 2017 melalui padanan dengan istilah asal dalan bahasa Inggeris, crowdsourcing.[3] Indonesia pula lebih menggunakan istilah "urun daya" melalui analogi daripada istilah "alih daya" (outsourcing),[4] di mana "urun" merupakan kata kerja yang bermaksud "menyumbang" atau "menyokong".[5]
Istilah bahasa Inggeris yang asal pula diilhamkan Jeff Howe dan Mark Robinson, editor majalah teknologi Amerika Syarikat Wired, pada 2005 bagi menggambarkan kegunaan Internet oleh sesetengan perniagaan untuk menyumberluarkan tugas kepada orang ramai (dalam bahasa Inggerisnya: "...outsource work to the crowd").[6] Howe pertama kalinya menerbitkan takrifannya mengenai istilah Inggeris ini dalam tulisan blog sampingannya kepada sebuah artikel dalam isu Jun 2006 majalah tersebut nukilannya bertajuk "The Rise of Crowdsourcing", yang terbit beberapa hari kemudian:[7]
"Sumber khalayak secara ringkasnya diertikan sebagai tindakan suatu syarikat atau institusi mengalihkan kerja yang dahulunya dilakukan pekerja ke luar syarikat atau institusi kepada suatu rangkaian orang ramai yang tidak jelas (dan biasanya bersaiz besar) dalam bentuk panggilan terbuka. Ia boleh datang dalam bentuk pengeluaran rakan sebaya (apabila tugas dilakukan secara kolaboratifnya), tetapi ia juga sering dilakukan oleh individu tunggal. Prasyarat yang utama [kepada model ini] ialah penggunaan format panggilan terbuka serta rangkaian pekerja berpotensi yang besar."
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Lebih digunakan di Indonesia, sila lihat segmen "Peristilahan dan pentakrifan".
- ^ Howe, Jeff (2006). "The Rise of Crowdsourcing". Wired.
- ^ "Istilah Semasa". Dewan Masyarakat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ogos 2017. m/s. 61.
- ^ Ivan Lanin (14 Julai 2014). "Urun daya [tajuk asal: "Daya Khalayak"]". Retas. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-30. Dicapai pada 21 September 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Urun". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Dicapai pada 21 September 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Safire, William (5 Februari 2009). "On Language". New York Times Magazine. Dicapai pada May 19, 2013.
- ^ Howe, Jeff (2 Jun 2006). "Crowdsourcing: A Definition". Crowdsourcing Blog. Dicapai pada 2 Januari 2013.
Simply defined, crowdsourcing represents the act of a company or institution taking a function once performed by employees and outsourcing it to an undefined (and generally large) network of people in the form of an open call. This can take the form of peer-production (when the job is performed collaboratively), but is also often undertaken by sole individuals. The crucial prerequisite is the use of the open call format and the large network of potential laborers.