Sultan Saiful Rizal

Sultan Brunei

Sultan Saiful Rizal (atau Saiful Rijal) merupakan Sultan Brunei ke-7 memerintah dari tahun 1533 hingga tahun 1581.

Saiful Rizal
سيفول ريزالنور العالم
Pemerintahan 1533 - 1581
Pendahulu Sultan Abdul Kahar
Pengganti Sultan Shah Brunei
Pasangan Raja Isteri Pengiran Putri Khairani
Dang Arfah @ Dayang Bongsu
Anakanda
Sultan Shah Alam Brunei
Sultan Muhammad Hasan
Pengiran Digadong Pengiran Anak Abdul Hakkul Mubin
Pengiran Temenggong Pengiran Anak Mahmud
Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Arif @ Abdullah
Orang Kaya Besar Pengiran Anak Kasim
Raja Dungu @ Pengiran Anak Tuah (perempuan)
Raja Bonda Putri Lamturak @ Fatimah Zohra
Ayahanda Pengiran Bendahara Pengiran Muda Muhammad Tajuddin
Kemangkatan 1581
Agama Islam

Baginda berusaha melanjutkan penyebaran Islam ke seluruh Pulau Brunei dan Kepulauan Filipina sehingga Brunei terkenal sebagai pusat perkembangan Islam.

Baginda pernah berperang dengan pihak Sepanyol yang berpengkalan di Manila. Peperangan ini dinamakan sebagai Perang Kastila. Pada tahun 1578, pihak Sepanyol dari Manila menyerang dan menduduki Brunei tetapi selepas lebih 70 hari, berjaya diundurkan oleh Pengiran Bendahara Sakam bersama Orang Kaya Harimau Padang, 100 orang pahlawan terbilang dan rakyat yang taat setia kepada Sultan.

Sewaktu pendudukan Sepanyol di Brunei, Masjid Besar Brunei (Jame Brunei) telah dibakar oleh mereka sebagai usaha untuk menghapuskan syiar Islam dan menggantikannya dengan agama Kristian. Pada zaman baginda, Pengiran Bendahara Sakam merebut isteri anak Pengiran Seri Lela semasa bersanding, setelah itu adat kahwin bertutup muka bagi perempuan dimulakan.

Baginda mangkat pada tahun 1581, dan diganti oleh Sultan Shah Brunei.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
15331581
Penyandang Kemudian
Abdul Kahar Shah Brunei