Sultan Mukaddam Shah
Sultan Mukaddam Shah menaiki takhta pada tahun 1603. Baginda adalah putera saudara perempuan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin dan Almarhum Sultan Tajul Ariffin, serta alor saudara sepupu dengan Raja Kecil Lasa, Raja Inu. Sebelum menjadi Sultan, baginda dikenali sebagai Raja Tua. Baginda bersemayam di Bota Kanan.
Sultan Mukaddam Shah | |||||
---|---|---|---|---|---|
Sultan Perak | |||||
Sultan Perak | |||||
Pemerintahan | 1603 – 1619 | ||||
Kemahkotaan | - | ||||
Didahului oleh | Sultan Alauddin Shah | ||||
Diikuti oleh | Sultan Mansur Shah II | ||||
Raja Muda Perak | |||||
Pemerintahan | - | ||||
Kemahkotaan | - | ||||
Didahului oleh | - | ||||
Diikuti oleh | - | ||||
Raja Di-Hulu Perak | |||||
Pemerintahan | - | ||||
Kemahkotaan | - | ||||
Didahului oleh | - | ||||
Diikuti oleh | - | ||||
Kemangkatan | 1619 Kesultanan Aceh | ||||
Pemakaman | Aceh | ||||
Anakanda | Putri Limau Purut | ||||
| |||||
Kerabat | Perak | ||||
Ayahanda | - | ||||
Bonda | puteri Sultan Mansur Shah I | ||||
Agama | Islam |
Perang dengan Aceh
suntingMengikut cerita-cerita mulut orang-orang tua, Sultan Makaddam Shah mempunyai seorang puteri yang cantik bernama Puteri Limau Purut, dan baginda menunangkan puteri itu dengan anak saudara baginda bernama Raja Mansur, iaitu adinda Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak yang kelima). Baginda juga menolak pinangan daripada Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Kesultanan Aceh.
Memandangkan penolakan tersebut maka Sultan Aceh menitahkan tenteranya berperang dengan kerajaan Perak. Tentera Aceh mengalahkan Negeri Perak lalu menawan Sultan Mukaddam Shah, permaisuri baginda, adinda baginda bernama Raja Bongsu (yang juga dikenali sebagai Raja Yusuf), Puteri Limau Purut serta pengasuhnya bernama Esah Gerbang dan beberapa orang pengiring baginda. Kerabat-kerabat dan pengiring-pengiring baginda tersebut dibawa ke Negeri Aceh. Bagaimanapun, dengan usaha dan keberanian seorang Bendahara bernama Megat Abdullah, Puteri Limau Purut dapat diselamat dan dibawakan balik di Negeri Perak lalu dikahwinkan dengan tunangnya, Raja Mansur.
Terdapat pula cerita yang menyatakan bahawa Raja Mansur juga ditawan dan dibawa ke Negeri Aceh bersama-sama dengan kerabat-kerabat Sultan Mukaddam Shah. Akan tetapi Raja Mansur dapat melepaskan diri lalu melarikan ke Negeri Johor. Di Johor, beliau berkahwin dengan seorang puteri diraja Jambi, dan pada tahun 1619 beliau pulang ke Negeri Perak berkahwin dengan Puteri Limau Purut serta menaiki takhta kerajaan Negeri Perak.[1]
Kemangkatan
suntingSultan Mukaddam Shah mangkat di Aceh pada 1619,[2] dan baginda mendapat gelaran Marhum di Aceh.
Didahului oleh Sultan Alauddin Shah |
Sultan Perak 1603-1619 |
Diikuti oleh: Sultan Mansur Shah II |
Rujukan
sunting- ^ "Sultan Mukaddam Shah". Portal Raja Kita - Perak. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-25. Dicapai pada Julai 2012. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Christopher Buyers (2008). "PERAK2 - The Malacca Dynasty". The Royal Ark. Dicapai pada Julai 2012. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan)