Sultan Mudzaffar Shah III (Perak)

(Dilencongkan daripada Sultan Mudzaffar Shah III)


Sultan Mudzaffar Shah III ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah ialah Sultan Perak ke-13 yang telah memerintah mulai 1728 sehingga 1754.[1] Baginda dimakamkan di Bota Kanan.[2]

Mudzaffar Shah III
Sultan Perak
Sultan Perak
Pemerintahan17281752
Didahului olehSultan Alauddin Mughayat Shah
Diikuti olehSultan Muhammad Shah
Raja Muda Perak
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Raja Di-Hilir Perak
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Keputeraan-
Kemangkatan1752
Pemakaman-
Nama penuh
-
Nama selepas mangkat
Marhum Hajji Allah
KerabatPerak
AyahandaYang di-Pertuan Muda Raja Mansur Shah
Bonda-
AgamaIslam

Lahir sebagai Raja Inu, baginda mewarisi takhta Kesultanan Perak selepas kemangkatan kekandanya Sultan Alauddin Mughayat Shah. Selepas kemangkatannya pada 7 Zulkaedah 1167, baginda diwarisi pula anakanda saudaranya Raja Iskandar ibni Sultan Muhammad Shah.[1][3]

Semasa pemerintahan baginda, orang-orang Bugis yang diketuai oleh Yam Tuan Riau ke-2, Daeng Chelak telah datang menyerang, hingga negeri Perak berpecah dua. Mereka mengangkat adinda baginda, Yang di-Pertuan Muda Muhammad Shah menjadi Sultan, bergelar Sultan Muhamad Shah. Maka antara 1742 hingga 1743, Sultan Mudzaffar Shah III memerintah utara Perak dan Sultan Muhamad Shah memerintah selatan Perak. Tetapi tidak beberapa lama kemudian kedua adik-beradik berbaik semula dan memerintah bersama.[1]

Didahului oleh
Sultan Alauddin Mughayat Shah
Sultan Perak
1728-1754
Berkhidmat bersama:
Sultan Muhamad Shah (1742 - 1750)
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar Zulkarnain

Lihat juga

sunting

Nota kaki

sunting
  1. ^ a b c "13.Sultan Mudzaffar Shah III". Senarai Sultan Perak. Pejabat D.Y.M.M. Sultan Perak Darul Ridzuan. Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-09. Dicapai pada 21 Februari 2014.
  2. ^ "Makam 3 Muzaffar". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2008. Dicapai pada 6 Disember 2010.
  3. ^ "The Siak Dynasty - Genealogy - PERAK3". The Royal Ark. September 2008. Dicapai pada 21 Februari 2014.

Pautan luar

sunting