Sultan Ismail Petra

Sultan Kelantan

Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (11 November 1949 - 28 September 2019) merupakan Al-Sultan Kelantan Ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim.

Sultan Ismail Petra
Sultan Kelantan Ke-28
Pemerintahan 30 Mac 1979 – 13 September 2010
Pendahulu Sultan Yahya Petra
Pengganti Sultan Muhammad V
Raja Muda Tengku Muhammad Faris Petra
Pasangan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid (k. 1968)
Elia Suhana binti Ahmad (k. 2007; c. 2010)
Anakanda
Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra
Tengku Amalin A'ishah Putri binti Sultan Ismail Petra
Nama penuh
Sultan lsmail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
Tempat persemayaman Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan
Ayahanda Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim
Bonda Tengku Zainab binti Tengku Muhammad Petra
Keputeraan (1949-11-11)11 November 1949
Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya
Kemangkatan 28 September 2019(2019-09-28) (umur 69)
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan
Dimakamkan 28 September 2019
Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, Kelantan
Agama Islam Sunni

Keputeraan dan pendidikan awal

sunting

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada hari Jumaat 11 November 1949 bersamaan dengan 19 Muharam 1369 Hijrah di Istana Jahar, Kota Bharu, Kelantan. Baginda adalah putera tunggal dan anakanda bongsu kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Baginda membesar bersama empat orang kekanda iaitu Tengku Merjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mendapat pendidikan menengah di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sebelum belajar dengan guru khas Bahasa Inggeris.

Baginda dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Sains Politik dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 8 Januari 2002.

Kerjaya sebelum menjadi Sultan

sunting

Pada tahun 1968, Sultan Ismail Petra menyertai Perkhidmatan Pentadbiran Kerajaan sebagai pegawai dan berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk tempoh setahun. Baginda kemudiannya bekerja di Pejabat Tanah dan Daerah di Kota Bharu. Pada masa ini, baginda memperoleh pengalaman yang luas dan pengetahuan yang luas dalam semua bidang pentadbiran.

Perkahwinan dan Anakanda

sunting

Sultan Ismail Petra telah berkahwin dengan Raja Perempuan Kelatan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid pada tanggal 4 Disember 1968 di Istana Kota Lama, Kota Bharu dan Istiadat persandingan Diraja telah dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 12 Mac 1969 mengikut adat istiadat raja-raja Kelantan yang turun temurun.

Baginda telah dianugerahi empat orang cahaya mata dengan Tengku Anis iaitu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Istana rasmi baginda terletak di Kubang Kerian dan dikenali sebagai Istana Mahkota.

Sultan Ismail Petra juga mempunyai isteri kedua, Cik Puan Elia Suhana binti Ahmad, yang dinikahinya pada 23 Disember 2007.[1] Dilaporkan bahawa Sultan Ismail Petra telah memfailkan permohonan untuk pengesahan perceraiannya daripada isteri keduanya di Mahkamah Tinggi Syariah pada 9 Mac 2010. Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Syariah menolak permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dilafazkan oleh Sultan Ismail Petra terhadap isteri keduanya pada 30 Mac 2011.

Pemerintahan Kelantan

sunting

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yanya Petra telah dikurniakan dengan gelaran YTM Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 oleh Almarhum ayahanda Baginda Sultan Yahya Petra sewaktu Baginda mencapai usia 18 tahun, dan ditabalkan sebagai YTM Tengku Mahkota sempena dengan sambutan hari ulang tahun keputeraan Baginda Sultan Yahya Petra yang ke-58 pada tahun 1968.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah dimasyhurkan sebagai Al-Sultan Kelantan ke-28 menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Yahya Petra yang mangkat semasa bergelar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-6 pada 29 Mac 1979. Pada 30 Mac 1980, Sultan Ismail Petra yang ketika itu berusia 31 tahun telah dimahkotakan sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Baginda dimahkotakan oleh YBM Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad ibni Almarhum Tengku Long Abdul Ghaffar.

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang sering gering menyebabkan baginda tidak dapat menjalankan daripada tugas mentadbir negeri menyebabkan anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra naik tahkta sebagai Sultan Kelantan yang baharu menggantikan baginda.

Kesihatan

sunting

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah menerima rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana mengalami strok pada 14 Mei 2009. Kerajaan negeri Kelantan melantik 10 pakar perubatan sebagai panel perubatan bagi memeriksa tahap kesihatan baginda. Panel pakar memutuskan baginda masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas memerintah negeri.

Pada 25 Mei 2009, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan ekoran Sultan Ismail Petra tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua. Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun pada 13 September 2010, Sultan Ismail Petra telah mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkan pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan tidak mengikut Perlembagaan. Sultan Ismail Petra sedang sembuh daripada strok yang dialaminya pada tahun 2009.

Kemangkatan

sunting

Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat pada pukul 8:11 pagi, hari Sabtu 28 September 2019 dalam usia 69 tahun, di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu disebabkan oleh serangan jantung. Baginda dimakamkan berhampiran makam ayahanda Baginda, Sultan Yahya Petra di Makam Diraja Langgar, berdekatan dengan Masjid Langgar di Kota Bharu, Kelantan.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Sultan Ismail Petra.[2] Beliau berkata, Almarhum gering sejak sekian lama dan tidak dapat menjalankan tugas yang diambil alih oleh anakanda Baginda.

Tetapi semasa Almarhum menjadi raja, saya ada hubungan yang baik dengan baginda. Saya dapati baginda seorang yang cukup tertib dan mudah untuk bekerjasama.

— Mahathir Mohamad[3]

Panggilan dan gelaran

sunting
  • 11 November 1949 - 10 Julai 1960 : Yang Mulia Tengku Ismail Petra bin Tengku Yahya Petra
  • 10 Julai 1960 - 11 November 1967 : Yang Amat Mulia Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra
  • 11 November 1967 - 6 Julai 1974 : Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 6 Julai 1974 – 25 Julai 1974 : Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 25 Julai 1974 - 12 Julai 1975 : Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 12 Julai 1975 – 28 Ogos 1975 : Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 28 Julai 1975 - 21 September 1975 : Yang Teramat Mulia Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Tengku Mahkota Kelantan
  • 21 September 1975 – 30 March 1979 : Yang Maha Mulia Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra, Pemangku Raja Kelantan
  • 30 Mac 1979 – 13 September 2010 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Al-Sultan Kelantan
  • 13 September 2010 - 28 September 2019 : Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra

Keturunan

sunting

Penghargaan

sunting

Baginda telah dianugerahkan:[5]

Penghargaan Kelantan

sunting
  •   Recipient (DK) and Grand Master of the Royal Family Order (Al-Yunusi Star)
  •   Knight Grand Commander (SPMK) and Grand Master of the Order of the Crown of Kelantan (Al-Muhammadi Star)
  •   Knight Grand Commander (SJMK) and Grand Master of the Order of the Life of the Crown of Kelantan (Al-Ismaili Star)
  •   Knight Grand Commander (SPSK) and Grand Master of the Order of the Loyalty to the Crown of Kelantan (Al-Ibrahimi Star)
  •   Grand Master of the Order of the Noble Crown of Kelantan (Al-Yahyawi Star)
  •   Grand Master of the Order of the Most Distinguished and Most Valiant Warrior (PYGP)
  •   Silver medal of the Sultan Yahya Petra Coronation Medal (1961)[6]
  •   Silver Jubilee Medal (PJP) (30 March 2004)

Penghargaan Malaysia dan negeri-negeri lain

sunting

Penghargaan negara luar

sunting

Ijazah kehormat

sunting
  •   Thailand :
    • Honorary Doctorate of Philosophy in Political Science from the Ramkhamhaeng University - (Dr.) (8 Januari 2002)

Rujukan

sunting
  1. ^ http://thekelantaninsider.blogspot.my/2010/09/posting-40-kedudukan-perkahwinan-sultan.html
  2. ^ Bernama (2019-09-28). "Dr M ucap takziah atas kemangkatan Sultan Ismail Petra". Malaysiakini.
  3. ^ "Almarhum seorang yang tertib, mudah bekerjasama: PM". Sinar Harian. 2019-09-28.
  4. ^ Royal Ark
  5. ^ The Royal Ark, Kelantan genealogical details, p.8
  6. ^ "Raja2 Melayu di-anugrahi pingat emas pada hari Kemahkotaan Sultan Kelantan". Berita Harian. 19 July 1961. m/s. 2.


Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan Penyandang Kemudian
Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Muhmmad V