Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah
Sultan Ahmad Shah ialah sultan kedua bagi Pahang semasa di bawah Kesultanan Melaka. Baginda ialah putera sulung kepada Sultan Melaka, Sultan Mansur Shah dan kekanda kepada sultan Pahang sebelumnya, Sultan Muhammad Shah.
Sultan Ahmad Shah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan Pahang | |||||||||
Pemerintahan | 17 December 1475 – 18 September 1495 | ||||||||
Kemahkotaan | Februari 1476 | ||||||||
Didahului oleh | Sultan Muhammad Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Sultan Abdul Jamil I | ||||||||
Kemangkatan | 1519 | ||||||||
Pemakaman | Kampung Damak, Mukim Pulau Tawar, Daerah Hulu Pahang (Jerantut), Pahang | ||||||||
Anakanda | 2 orang iaitu ;
| ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kesultanan Melaka | ||||||||
Ayahanda | Mansur Shah dari Melaka | ||||||||
Bonda | Puteri Wanang Sri Lela Wangsa binti .... | ||||||||
Agama | Islam |
Baginda menaiki takhta pada 1475[1] selepas kemangkatan adindanya. Baginda berkahwin dengan anak perempuan Tun Hamzah, Bendahara Seri Amar Diraja yang merupakan Bendahara Pahang pertama.[1]
Baginda dilaporkan sebagai sebagai seorang yang tidak berkebolehan dan kejam.[1][2] Baginda juga tidak berpuas hati terhadap pelantikan adindanya, Raja Hussain yang kemudiannya bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah sebagai Sultan Melaka menggantikan ayahandanya pada 1477.[1]
Baginda terlibat dalam rancangan pembunuhan pembesar Terengganu, Tun Telanai.[1]
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Ltnehan, W. (1973). A History of Pahang (PDF). Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Study.
- ^ UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN PAHANG: RAJA PEMERINTAH SEBAGAI SIMBOL KUASA DAN KEDAULATAN NEGERI (PDF). line feed character in
|title=
at position 53 (bantuan);|first=
missing|last=
(bantuan)
Penyandang Terdahulu | Sultan Pahang ke-2 1475 – 1495 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Mansur Shah | Sultan Abdul Jamil Shah ibni Sultan Muhammad Shah I |