Sultan Abdullah Al-Mu'adzam Shah

sultan Kedah yang memerintah dari tahun 1698 M hingga 1706 M
(Dilencongkan daripada Sultan Abdullah Mu'adzam Shah)

Almarhum Sultan Abdullah Mu'azzam Shah I adalah Sultan Kedah ke-17. Baginda merupakan putera kepada Sultan Ataullah Muhammad Shah II dan Tengku Maheran. Pada 17 November 1698, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-17 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang.

Almarhum Sultan Abdullah Al-Mu'adzam Shah
عبد الله معظم شاه
Paduka Seri Sultan dan Yang di-Pertuan Besar bagi Negeri Kedah Darul Aman
Fail:-
Abdullah Muazzam Shah
Sultan Kedah
Pemerintahan1698–1706
Kemahkotaan-
Didahului olehSultan Ataullah Muhammad Shah II
Diikuti olehSultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I
Raja Muda Kedah
Pemerintahan-
Kemahkotaan-
Didahului oleh-
Diikuti oleh-
Keputeraan-
-
-
Kemangkatan22 September 1706
Istana Baginda, Kota Bukit Pinang, Mukim Kota, Daerah Kota Setar, Negeri Kedah
Pemakaman-
Makam Diraja Langgar
PasanganWan Nang Mas
dan seorang lagi
Anakanda
Nama penuh
-
Nama penuh
Nama diraja
-
Nama selepas mangkat
Almarhum Bukit Pinang al-Thani
KerabatKedah
WangsaMahawansa
AyahandaSultan Ataullah Muhammad Shah II
BondaTengku Maheran
AgamaSunni Islam
PekerjaanSultan

Sejarah Hidup

sunting

Baginda bersama jemaah menteri telah bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tunku Ibrahim sebagai Raja Muda. Raja Muda Ibrahim telah membangunkan bandar Limbong dan bersemayam di Kota Limbong. Pada 17 Jun 1701, baginda telah memerintahkan Raja Muda Ibrahim untuk membuat suatu kawasan permakaman di Kota Limbong yang kini dikenali sebagai Makam Diraja Langgar.

Baginda bersama Jemaah menteri bermuafakat untuk memasyhurkan adindanya, Tengku Ishak sebagai Raja Temenggung. Baginda amat mengambil berat hal ehwal dalam dan luar negeri.

Baginda telah membenarkan puteranya, Tengku Muhammad Jiwa ke luar negeri untuk merantau. Namun begitu, baginda berada dalam keadaan kemasyghulan kerana rindu akan Tengku Muhammad Jiwa yang terlalu lama merantau.

Tengku Muhammad Jiwa telah berguru dengan Tuan Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahab bin Syeikh Ahmad Al Mahdani dan Hafiz Sab.

Pada 22 September 1706, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Kota Langgar atau Makam Diraja Langgar

Rujukan

sunting
  • "Salasilah Duli Yang Maha Mulia". Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-02. Dicapai pada 2010-09-05.
Didahului oleh
Sultan Ataullah Muhammad Shah II
Sultan Kedah
1698-1706
Diikuti oleh:
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I