Sultan Abdul Jalilul Akbar
Sultan Abdul Jalilul Akbar merupakan Sultan Brunei ke-10 memerintah dari tahun 1598 hingga tahun 1659.
Abdul Jalilul Akbar عبد الجليل الأكبر | |
---|---|
Pemerintahan | 1598 - 1659 |
Pendahulu | Sultan Muhammad Hasan |
Pengganti | Sultan Abdul Jalilul Jabbar |
Pasangan | Puteri Raja Brunei Puteri Bajau Radin Mas Ayu Siti Aisyah |
Anakanda | |
Pengiran Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar Sultan Abdul Jalilul Jabbar Sultan Muhyiddin Pengiran Anak Tuah Raja Ahmad Pengiran Maharaja Lela Pengiran Abdul Kabir Pengiran Anak Aliudin Pengiran Anak Tinggal (p) Raja Ratna (p) Raja Bungsu (p) Raja Sari (p) | |
Nama penuh | |
Pengiran Muda Besar Abdul Jalilul Akbar ibni Sultan Muhammad Hasan | |
Ayahanda | Sultan Muhammad Hasan |
Bonda | Puteri binti Sultan Abdul Ghappor Muhyidin Shah |
Agama | Islam |
Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Hasan.
Sebelum menaiki takhta, baginda dikenali sebagai Pengiran Muda Tua Abdul Jalil.
Baginda seorang sultan yang termasyhur gagah, adil dan berkeramat.
Sewaktu menaiki takhta, baginda dibantu oleh ayahanda saudara baginda, Pengiran Di-Gadong Besar Osman.
Pada tahun 1599, baginda mengadakan perhubungan dengan pihak Sepanyol di Manila.
Pada tahun 1600, Oliver van Noorf, peniaga Belanda datang ke Brunei. Pada tahun 1612, sekumpulan ahli-ahli perniaga Inggeris yang diketuai oleh Sir Hendry Middleton datang ke Brunei.
Pada tahun 1659, baginda mangkat. Sewaktu baginda mangkat, baginda merupakan Sultan Brunei yang paling lama memerintah iaitu selama 61 tahun. Baginda terkenal dengan nama Marhum Tua.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1596 – 1659 |
Penyandang Kemudian |
Muhammad Hasan | Abdul Jalilul Jabbar |