Datuk Sulaiman Taha (1951-2010) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADN Tenang selama dua penggal (2004-2010). Kematian beliau pada 17hb Disember 2010[1] menyebabkan berlakunya Pilihan raya kecil Tenang 2011.

Datuk
Sulaiman Taha
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Tenang
Dalam jawatan
2004–2010
Didahului oleh Ibrahim Daud
Digantikan oleh Mohd Azahar Ibrahim
Majoriti2,942 (PRU-12)
Maklumat peribadi
Lahir1951
Mati2010 (59 tahun)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Keluarga

sunting

Beliau telah berkahwin dengan Seri Noraini Yaakop dan dikurniakan 7 orang anak iaitu 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Sumbangan

sunting

Menurut anggota Parlimen Labis, Chua Tee Yong, berkata antara sumbangan Allahyarham terhadap penduduk Labis ialah membangunkan Pusat Rekreasi Ayer Panas Labis, dua buah dewan komuniti dan perpustakaan di Tenang Stesen.[2]

Terlantar sakit

sunting

Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.


Beliau menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November 2010 dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.


Pada 16 Disember 2010, beliau masih terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil.[3]


Rujukan

sunting