Datuk Sulaiman Samad (1952-2010) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Paya Jaras selama sepenggal (1999-2004).

Datuk

Sulaiman Samad
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Paya Jaras
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Saidin Tamby
Digantikan oleh Muhammad Bushro Mat Johor
Butiran peribadi
Lahir1952
Meninggal dunia2010
(58 tahun)
Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Politik

sunting

Sulaiman menjadi ADUN Paya Jaras selama satu penggal dengan memenangi kerusi atas tiket Barisan Nasional (BN) apabila menewaskan calon PAS, Abd Majid Hasan dalam pilihan raya negeri Selangor 1999 dengan majoriti 3,127 undi .Sebelum itu Adun Paya Jaras ialah Datuk Saidin Tamby (BN).[1]

Sulaiman Samad mengikuti jejak Zaid Ibrahim hadir dalam majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR). Malahan Sulaiman turut berucap di atas pentas PKR di Sungai Buluh.Walau bagaimanapun beliau tidak pula dipecat dari UMNO.[2]

Meninggal dunia

sunting

Pada 26 Mei 2010, Sulaiman Samad meninggal dunia pada usia 58 tahun selepas mengalami sesak nafas di rumahnya di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor . Dia dibawa ke Pusat Perubatan Putra Sungai Buloh. ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukur Idrus memaklumkan bahawa Sulaiman mengalami masalah sesak nafas dan menghidapi penyakit kencing manis.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak.[3]

Rujukan

sunting