Sulaiman Mohd Nor
Profesor Madya Dr. Sulaiman Mohd Nor adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kemelah yang memenangi Pilihan raya negeri Johor 2018 lalu.[1] Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli akademik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dengan jawatan terakhir sebagai Profesor Madya.
Dr. Sulaiman Mohd Nor PhD | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kemelah | |
Dalam jawatan 28 Jun 2018 – 22 Januari 2022 | |
Didahului oleh | Ayub Rahmat |
Digantikan oleh | Saraswathy Nallathamby |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Klang, Selangor |
Parti politik | AMANAH |
Tempat belajar | Universiti Teknologi Malaysia (PhD) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Ahli Akademik Jurutera |
Ahli Akademik Sertai AMANAH
suntingBeliau di antara enam ahli akademik Malaysia yang sertai AMANAH selain daripada Dr. Hasan Bahrom, Dr. Ali Rahman, Dr. Zaki Latiff, Hamidon Musa dan Yusop Hasan[2].