Sulaiman Court
Sulaiman Court merupakan bangunan pangsapuri tinggi yang pertama di Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan ini telah dibina atas arahan Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, yang mengharapkan bangunan ini dapat menyediakan rumah mampu milik. Bangunan ini dinamakan sempena Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa.
Sulaiman Court سليمان کورت | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Bangunan pangsapuri tinggi |
Gaya seni bina | Modenisme |
Lokasi | Batu Road, (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman), Kuala Lumpur, Malaysia |
Negara | Malaysia |
Pembinaan bermula | 1957 |
Dianggarkan siap pada | 1958 |
sunting · sunting di Wikidata |
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu menghampiri kemerdekaan rasmi daripada United Kingdom. Tunku Abdul Rahman berharap yang bangunan ini bukan sahaja lengkap, tetapi sudah diduduki, pada Hari Merdeka (pengisytiharan rasmi kemerdekaan) pada 31 August; bagaimanapun, pangsapuri pertama ini tidak diduduki sehinggalah Februari 1958.
Tiga blok (Blok A, Blok B dan Blok C) terletak di Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman), dan mempunyai 295 pangsapuri. Ia telah dirobohkan pada tahun 1986, untuk memberi ruang kepada kompleks membeli-belah Sogo.