Sukiyaki (すき焼き, スキヤキ) adalah hirisan tipis daging lembu, sayur-sayuran, dan tauhu di dalam periuk besi yang dimasak di atas meja makan dengan cara rebusan. Sukiyaki dimakan dengan mencelup hirisan daging ke dalam telur ayam yang telah dikacau.

Sukiyaki

Sayur-sayuran untuk Sukiyaki misalnya bawang bombay, daun bawang, sawi putih, shungiku, cendawan shiitake, dan cendawan enoki. Sebagai pelengkap, ditambahkan ito konnyaku atau shirataki yang berbentuk seperti soun berwarna kuning atau sedikit kelabu.

Dua jenis Sukiyaki

sunting

Sukiyaki terdapat dalam dua jenis, Sukiyaki jenis daerah Kansai dan Sukiyaki daerah Kanto yang berbeza cara penyajian, jenis ramuan dan rasa.

Bagi Sukiyaki versi Kansai, Sukiyaki hanya dimasak dengan kicap dan gula pasir, sedangkan Sukiyaki jenis Kanto dimasak menggunakan sos Warishita yang merupakan campuran dashi, kicap, gula pasir, dan mirin yang dimasak terlebih dulu.

Sejarah

sunting

Terdapat pendapat yang diragukan kebenarannya mengatakan bahawa Sukiyaki pada mulanya adalah daging lembu yang dipanggang (bahasa Jepun: yaki) di atas cangkul besi tebal yang disebut suki.

Sebelum pemulihan Meiji, orang Jepun tidak pernah memakan daging lembu kerana mematuhi larangan agama Buddha yang melarang pengambilan haiwan berkaki empat dan haiwan yang digunakan untuk pertanian. Pada zaman Meiji, kedai daging yang pertama dibuka di Jepun ialah pada tahun 1867, yang diikuti dengan terbukanya restoran Gyunabe.

Sebelum Perang Dunia II, di daerah Kanto masakan ini lebih dikenali dengan nama Gyunabe (牛鍋, lembu, panci).

Pelbagai

sunting

Pautan luar

sunting