Sukan Afrika

(Dilencongkan daripada Sukan Seluruh Afrika)

Sukan Afrika, juga dikenali sebagai Sukan Se-Afrika atau Sukan Seluruh Afrika, merupakan sebuah acara beraneka sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dan dianjurkan oleh Kesatuan Afrika (African Union - AU) dengan kerjasama Persatuan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Afrika (Association of National Olympic Committees of Africa - ANOCA) dan Persatuan Konfederasi Sukan Afrika (Association of African Sports Confederations - AASC).

Semua negara bertanding berasal dari benua Afrika. Temasya pertama telah diadakan di Brazzaville, Congo pada tahun 1965. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa memberi pengiktirafan rasmi kepada temasya tersebut sebagai sebuah acara beraneka sukan peringkat benua bersama dengan Sukan Asia dan Sukan Seluruh Amerika. Sejak tahun 1999, temasya tersebut juga melibatkan atlet kurang upaya.[1]

Senarai edisi

sunting
Tahun Edisi Negara Tuan rumah Bandar Tuan rumah Dibuka rasmi oleh Tarikh Negara Peserta Sukan Acara Juara
1965 I   Republik Congo Brazzaville Alphonse Massemba-Débat 18–25 Julai 30 2500 10 54   Republik Arab Bersatu
1969   Mali Bamako Diganggu oleh rampasan kuasa tentera
1973 II   Nigeria Lagos Yakubu Gowon 7–18 Januari 36 12 92   Mesir
1978 III   Algeria Algiers Houari Boumediene 13–28 Julai 45 3000 12 117   Tunisia
1987 IV   Kenya Nairobi Daniel Arap Moi 1–12 Ogos 41 14 164   Mesir
1991 V   Mesir Kaherah Hosni Mubarak 20 September–1 Oktober 43 18 213   Mesir
1995 VI   Zimbabwe Harare Robert Mugabe 13–23 September 46 6000 19 224   Afrika Selatan
1999 VII   Afrika Selatan Johannesburg Thabo Mbeki 10–19 September 51 6000 20 224   Afrika Selatan
2003 VIII   Nigeria Abuja Olusegun Obasanjo 5–17 Oktober 50 6000 22 332   Mesir
2007 IX   Algeria Algiers Abdelaziz Bouteflika 11–23 Julai 52 4793 27 374   Mesir
2011 X   Mozambique Maputo Armando Guebuza 3–18 September 53 5000 20 249   Afrika Selatan
2015 XI   Republik Congo Brazzaville Denis Sassou Nguesso 4–19 September 54 15000 22 172   Mesir
2019 XII   Maghribi Rabat Acara masa depan
2023 XIII Acara masa depan

Rujukan

sunting