Sukan Paralimpiad Malaysia 2016
Sukan Paralimpiad Malaysia 2016 juga dikenali sebagai Paralimpiad Malaysia ke-18 merupakan sebuah temasya sukan yang telah diadakan di Sarawak dari 6 hingga 10 Ogos 2016. Temasya ini merupakan temasya terakhir yang menggunakan nama Sukan Paralimpiad sebelum ditukar ke Sukan Para Malaysia pada tahun 2018. Temasya ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dato' Seri Douglas Uggah di Stadium Perpaduan, Kuching.[1]
Bandar tuan rumah | Sarawak |
---|---|
Cogan kata | Perpaduan Dalam Kepelbagaian |
Penyertaan pasukan | 15 |
Penyertaan atlet | 1400+ |
Sukan | 9 |
Acara | 326 |
Upacara pembukaan | 6 Ogos 2016 |
Upacara penutupan | 10 Ogos 2016 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Douglas Uggah Embas (Timbalan Ketua Menteri Sarawak) |
Tempat upacara | Stadium Perpaduan, Kuching |
Pembangunan dan persiapan
suntingSetiap tempat pertandingan bagi temasya ini terletak di sekitar daerah Kuching dan Samarahan, Sarawak; [2]
Bahagian | Tempat | Sukan |
---|---|---|
Kuching | Kompleks Sukan Petra Jaya | |
Stadium Sarawak | Olahraga | |
Arena Boling Padang Sarawak | Boling padang | |
Stadium Akuatik Pandelela Rinong | Renang | |
Lain-lain | ||
Pusat Boling Emart Megalanes, Batu Kawa | Boling | |
Samarahan | IPG Kampus Tun Abdul Razak | Badminton |
Universiti Malaysia Sarawak | Memanah, Badminton, Catur | |
Stadium Tertutup Kota Samarahan | Ping pong | |
Universiti Teknologi Mara | Powerlifting |
Pemasaran
suntingCogan kata
suntingCogan kata temasya ini ialah "Perpaduan dalam Kepelbagaian". Ia melambangkan perpaduan atlet dari 15 negeri Malaysia, pegawai-pegawai teknikal, kakitangan sokongan dan sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza.
Logo
suntingReka bentuk logo rasmi temasya ini mencerminkan slogan "Perpaduan dalam Kepelbagaian". Logo itu juga membawa mesej yang jelas bahawa dalam sukan semua orang termasuk atlet yang kurang berkemampuan, bersatu dalam usaha mencari kehormatan dan kegemilangan. Perpaduan di kalangan rakyat dari pelbagai kaum dan latar belakang juga digambarkan oleh tiga figura seperti manusia yang berdiri bersama dalam dua bulatan. Gerakan ke atas patung-patung itu juga menggambarkan sambutan untuk atlet yang telah mencapai impian seumur hidup mereka untuk kecemerlangan sukan.[3]
Maskot
suntingMaskot rasmi temasya ini ialah sepasang burung kenyalang yang masing-masing bernama Satria (lelaki) dan Satrina (perempuan), yang direka oleh Amir Hassan Mohd Shah. Dikatakan Sarawak dikenali oleh kebanyakan orang sebagai "Bumi Kenyalang" atau "Land of the Hornbills" dalam Bahasa Inggeris dengan burung kenyalang dianggap sebagai simbol negeri. Pengambilan burung kenyalang sebagai maskot temasya adalah untuk mewakili Sarawak sebagai negeri tuan rumah temasya tersebut.[4]
Penyertaan
suntingSebanyak 15 pasukan yang menyertai temasya ini melibatkan pasukan dari 13 negeri dan dua wilayah persekutuan. Kontinjen dari WP Putrajaya bertanding dalam kontinjen WP Kuala Lumpur.
Acara sukan
suntingTerdapat 326 acara yang dipertandingkan dalam sembilan sukan di temasya ini;[5]
- Badminton (11) ( )
- Boling padang (10) ( )
- Boling sepuluh pin (39) ( )
- Catur (16) ( )
- Memanah (11) ( )
- Olahraga (127) ( )
- Ping pong (25) ( )
- Powerlifting (12) ( )
- Renang (75) ( )
Takwim
suntingOC | Majlis pembukaan | ● | Acara pertandingan | 1 | Penentuan pingat emas | CC | Majlis penutupan |
Ogos | 6 Sab |
7 Aha |
8 Isn |
9 Sel |
10 Rab |
Acara |
---|---|---|---|---|---|---|
Majlis | OC | CC | ||||
Memanah | 4 | 4 | 3 | 11 | ||
Olahraga | 7 | 35 | 26 | 30 | 29 | 127 |
Badminton | 4 | ● | 2 | ● | 5 | 11 |
Boling | 18 | 13 | 8 | 39 | ||
Catur | ● | 8 | ● | 8 | 16 | |
Boling padang | ● | 3 | ● | ● | 7 | 10 |
Powerlifting | 2 | 4 | 6 | 12 | ||
Renang | 19 | 27 | 29 | 75 | ||
Ping pong | 7 | 9 | 5 | 4 | 25 | |
Acara berpingat harian | 11 | 69 | 85 | 79 | 82 | 326 |
Jumlah kumulatif | 11 | 80 | 165 | 244 | 326 | |
Ogos | 6 Sab |
7 Aha |
8 Isn |
9 Sel |
10 Rab |
Jumlah acara |
Pungutan pingat
suntingSarawak berjaya menjadi pasukan yang paling banyak meraih pingat.[6] * Tuan rumah (Sarawak)
Kedudukan | Negeri | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | Sarawak* | 84 | 63 | 73 | 220 |
2 | Johor | 35 | 25 | 15 | 75 |
3 | Terengganu | 30 | 24 | 19 | 73 |
4 | Sabah | 25 | 23 | 26 | 74 |
5 | Pulau Pinang | 23 | 10 | 19 | 52 |
6 | Perlis | 22 | 6 | 8 | 36 |
7 | Kuala Lumpur | 19 | 31 | 31 | 81 |
8 | Kedah | 16 | 19 | 13 | 48 |
9 | Selangor | 16 | 15 | 17 | 48 |
10 | Kelantan | 15 | 12 | 14 | 41 |
11 | Melaka | 14 | 17 | 13 | 44 |
12 | Perak | 12 | 17 | 15 | 44 |
13 | Negeri Sembilan | 8 | 13 | 7 | 28 |
14 | Pahang | 7 | 10 | 7 | 24 |
15 | Labuan | 0 | 2 | 3 | 5 |
Jumlah (15 negeri) | 326 | 287 | 280 | 893 |
Rujukan
sunting- ^ https://www.facebook.com/photo?fbid=607360992799666&set=pcb.607362202799545
- ^ "Selepas temasya SUKMA 2016, Sukan Paralimpik menyusul". Borneo Post. 1 Ogos 2016. Dicapai pada 18 Februari 2023.
- ^ "Logo". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Feb 2017. Dicapai pada 18 Feb 2023.
- ^ "Mascots". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2017. Dicapai pada 18 Februari 2023.
- ^ "Paralimpiad Sarawak 2016 Schedule". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2017. Dicapai pada 18 Februari 2023.
- ^ "Result section of the official website". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2016. Dicapai pada 12 August 2016.