Sukan Borneo
Sukan Borneo (bahasa Inggeris: Borneo Games ) ialah acara pelbagai sukan tahunan yang melibatkan peserta dari wilayah dan negara di Borneo. Acara sukan ini bermula pada tahun 1955. Sukan ini dihidupkan semula pada tahun 2005 dan diadakan setiap 2 tahun tetapi tidak diadakan sekarang. Pada musim pertama Sukan Borneo, hanya tiga wilayah yang menyertai iaitu Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Pada edisi yang terkini, penyertaan dibuka kepada Labuan dan provinsi-provinsi di Kalimantan, Indonesia dengan beberapa wilayah undangan dari wilayah jiran.
Edisi pertama | Sukan Borneo 1955 di Seria, Brunei |
---|---|
Diadakan pada setiap | Setiap tahun, kemudian 2 tahun (setiap tahun ganjil) |
Kegunaan | Acara berbilang sukan untuk wilayah dan negara di Pulau Borneo |
Sejarah
suntingSukan Borneo kali pertama diadakan pada tahun 1955 di Seria, Brunei dengan tiga wilayah Borneo British sebagai peserta iaitu Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. Pada tahun 1960-an, beberapa jenis sukan telah dipertandingkan di antara tiga wilayah tersebut seperti bola sepak, badminton, hoki dan bola keranjang.[1] Pada tahun 1970, Sukan Borneo diberhentikan pada edisi ke-16 kerana beberapa faktor seperti masalah kewangan.[2]
Penyertaan
suntingWilayah | Nama rasmi |
---|---|
Brunei | Negara Brunei Darussalam |
Sabah | Negeri Sabah Di Bawah Bayu |
Sarawak | Negeri Sarawak Bumi Kenyalang |
Labuan | Wilayah Persekutuan Labuan |
Kalimantan Barat | Provinsi Kalimantan Barat |
Kalimantan Selatan | Provinsi Kalimantan Selatan |
Kalimantan Tengah | Provinsi Kalimantan Tengah |
Kalimantan Timur | Provinsi Kalimantan Timur |
Wilayah jemputan:
Senarai kejohanan
suntingEdisi | Tahun | Bandar tuan rumah | Wilayah tuan rumah | Tarikh mula | Tarikh tamat | Wilayah | Petanding | Sukan | Acara | Pasukan juara | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 1955 | Seria | Brunei | 30 Julai 1955 | 3 | [3] | |||||
8 | 1962 | Padang Sukan Jubilee, Kuching | Sarawak | 13 Julai 1962 | 14 Julai 1962 | 3 | Sarawak (bahagian lelaki) Brunei (bahagian perempuan) |
[4][5] | |||
16 | 1970 | Brunei | Brunei | 17 Julai 1970 | 18 Julai 1970 | 3 | Dibatalkan kerana Hari Keputeraan Sultan Brunei dan Sukan Komanwel | [6] | |||
Diberhentikan dan digantikan dengan Pesta Sukan di Brunei | |||||||||||
I | 2005 | Sabah | 17 Disember | 21 Disember | |||||||
II | 2007 | Sarawak | Sabah | ||||||||
III | 2009 | Brunei | 29 November | 6 Disember | 7 | Sabah | [7] | ||||
IV | 2011 | Samarinda | Kalimantan Timur | 4 Disember | 11 Disember | 8 | Kalimantan Timur | [8] | |||
V | 2013 | Labuan | 14 September | 21 September | 12 | [9] |
Tuan rumah
suntingSejak Sukan Borneo bermula pada tahun 1954, ia telah diadakan di bandar di seluruh Borneo.
Sukan
suntingBeberapa acara dipertandingkan pada edisi pertama Sukan Borneo. Sejak Sukan Borneo dihidupkan semula, lebih banyak acara dipertandingkan termasuk sukan tradisional.
Sukan | Tahun |
---|---|
Badminton | 2011 |
Bola sepak | 2011 |
Boling padang | 2009 |
Eight-ball | 2009 |
Futsal | 2011 |
Gasing | 2011 |
Hoki | 2009 |
Kempo | 2011 |
Nine-ball | 2009 |
Olahraga | 1962, 2011 |
Pencak silat | 2009 |
Sepak takraw | 2011 |
Tenis | 2009 |
Jadual pingat
suntingPenganjuran semula
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Sukan Borneo". Majlis Sukan Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 November 2020. Dicapai pada 3 Disember 2020.
- ^ "Sukan Borneo". Majlis Sukan Negeri Sarawak. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2020. Dicapai pada 3 Disember 2020.
- ^ "First 'Borneo Games' on July 30" ['Sukan Borneo' Pertama pada 30 Julai]. The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Sandakan. 23 Jun 1955. m/s. 13. Dicapai pada 25 Ogos 2024.
- ^ "Sukan Borneo: Brunei Menang Bahagian Wanita" (PDF). Pelita Brunei. Kuching. 18 Julai 1962. m/s. 7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
- ^ "Wanita2 Brunei berjaya di-temasha Sukan Borneo" (PDF). Pelita Brunei. Kuching. 1 Ogos 1962. m/s. 7. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
- ^ "Pesta Sukan bagi menggantikan Sukan Borneo" (PDF). Pelita Brunei. Kuching. 29 April 1970. m/s. 4. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
- ^ "Pelita Brunei: Keluaran Khas" (PDF). Pelita Brunei. Brunei. 5 Disember 2009. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
- ^ "Kalimantan Timur sapu 57 emas, 32 perak dan 37 gangsa". Pelita Brunei. Kalimantan Timur. 14 Disember 2011. m/s. 22. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2024. Dicapai pada 24 Ogos 2024.
- ^ "Sukan Borneo ke-5, 2013". Labuan Island. 15 September 2013. Dicapai pada 3 Disember 2020.