Sugarbook ialah perkhidmatan temu janji dalam talian yang diasaskan di Kuala Lumpur, Malaysia. Sugarbook terkenal di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Filipina,[1] dan Indonesia, serta di Amerika Syarikat, dan didapati di lebih 90 negara.

Sugarbook
Maklumat umum
URLsugarbook.com
JenisPerkhidmatan temu janji dalam talian
Perkhidmatan rangkaian sosial
Ditubuhkan2016 Sunting nilai ini di Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikDarren Chan
Kandungan dan sokongan
KomersialYa
PendaftaranYes
Dilancarkan pada2016; 8 tahun yang lalu (2016)
Status terkiniAktif
Lokasi
Negara asalMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Laman web menjadi kontroversi di Malaysia, negara yang mana ia diasaskan. Pada 23 Februari 2021, pengasas dan CEO Sugarbook dan CEO, Darren Chan ditahan oleh polis[2] dan dihukum penjara selama 10 hari, kerana pihak berkuasa mendakwa Chan telah melanggar undang-undang anti-pelacuran di negara majoriti Islam.[3]

Sejarah

sunting

Sugarbook diasaskan oleh Darren Chan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2016. Laman ini memfokuskan kepada hubungan "sugar daddy" dan "sugar baby".[4][5][6] Golongan "sugar baby" boleh berdaftar secara percuma sementara yuran bayaran keahlian "sugar daddy" untuk mencari pasangan sejoli.

Kontroversi

sunting

Pada tahun 2018, Sugarbook telah menaja parti sebagai sebahagian daripada acara Sky Grande Prix bertemakan Formula One Penguasa Pelancongan Singapura, namun dibatalkan berikutan kandungan kontroversi terhadap platform syarikat.[7][8]

Penahanan pengasas Sugarbook

sunting

Laman web Sugarbook mendpat mula mendapat perhatian negara pada awal 2021 ketika pihak Sugarbook mengeluarkan senarai universiti tempatan dengan bilangan sugar baby tertinggi, menyebabkan panik moral dalam kalangan rakyat yang cemas dengan jumlah mahasiswa yang terlibat dalam statistik itu.[9] Rentetan hal itu, pada 23 Februari, pengasas dan CEO Sugarbook, Darren Chan telah ditahan dan dihukum penjara selama 10 hari.[10][11][12][13] Penahanan itu mendapat kritikan antarabangsa, mengundang persoalan di kalangan pendakwa raya dan warganet terhadap kesahan. Chan kemudian mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.[14]

Sugarbook juga disekat oleh ISP Malaysian, namun pengguna di Malaysia mencari jalan untuk melepasi sekatan, seperti menggunakan VPN. Terdapat kecaman awam di wilayah Asia-Pasifik, dengan pihak media menerbitkan rencana mengenai kontroversi di Thailand, Singapura, dan Hong Kong.[15]

Pada 4 April 2021, Darren Chan mengulas mengenai kes itu di VICE News.[16] Penahanan Chan juga mendapat liputan daripada BBC, New York Post,[17] Astro AEC, dan lain-lain.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Dangerous or empowering? Signups on sugar daddy dating site rise among young women in PH amid pandemic". ABS-CBN (dalam bahasa Inggeris). 30 Oktober 2020. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  2. ^ "Malaysian police arrest founder of Sugarbook, a sugar daddy dating platform". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 18 Februari 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  3. ^ "Sugarbook dating app maker arrested over 'promoting prostitution'". www.bbc.com (dalam bahasa Inggeris). 18 Februari 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  4. ^ "How to Treat Sugar Babies, According to Sugar Babies" (dalam bahasa Inggeris). VICE. 15 Februari 2020. Dicapai pada 3 Ogos 2021 – melalui YouTube.
  5. ^ "Sugar Baby allowance is $6,000 by her Sugar Daddy" (dalam bahasa Inggeris). Sugarbook. 16 November 2018. Dicapai pada 3 Ogos 2021 – melalui YouTube.
  6. ^ "A day with a sugar baby" (dalam bahasa Inggeris). Umehara Keiji. 15 November 2020. Dicapai pada 3 Ogos 2021 – melalui YouTube.
  7. ^ "'Sugar babies' sponsored party will no longer be part of STB's F1 promotion campaign". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2018. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  8. ^ "How Singapore's F1 fling with sugar daddies turned sour". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). 22 September 2018. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  9. ^ "Malaysian 'sugar daddy' website boss charged after outcry". The Starits Times (dalam bahasa Inggeris). 25 Februari 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  10. ^ "'Sugar Dating' App Founder Arrested in Malaysia". www.vice.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  11. ^ "Why Malaysia Is Cracking Down On Online Sugar Daddies" (dalam bahasa Inggeris). VICE. 10 Jun 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  12. ^ "Founder of sugar dating platform Sugarbook arrested for 'soliciting prostitution'". Mashable SEA (dalam bahasa Inggeris). 18 Februari 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  13. ^ "Sugarbook members include 'influential people in power', claims founder". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 6 April 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  14. ^ "Sugarbook founder pleads not guilty in Malaysia to publishing post on 'sugar babies'". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 14 Februari 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  15. ^ "Sugarbook blocked in Malaysia". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 15 Mei 2021. Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  16. ^ "Sugarbook Founder Speaks Out About Malaysia Ban". www.vice.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 Ogos 2021.
  17. ^ Brown, Lee (18 Februari 2021). "'Sugar daddy' dating site founder arrested twice amid prostitution, rape probes" (dalam bahasa Inggeris). New York Post. Dicapai pada 3 Ogos 2021.

Pautan luar

sunting