Suffian Awang
Datuk Mohammed Suffian Bin Awang (lahir pada 1971) adalah setiausaha politik kepada Perdana Menteri Malaysia. Suffian juga merupakan penasihat bagi pertubuhan Silat Kuntau Tekpi sebuah persatuan yang mengamalkan seni beladiri Melayu. Beliau juga adalah exco pemuda UMNO Malaysia.
Yang Hormat Dato' Mohammed Suffian bin Awang DIMP (Pahang) | |
---|---|
Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 12 September 2009 – 9 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | UMNO |
Pasangan | Datin Mazita Osman |
Anak | Muhammad Muqreez Muhammad Musyreed Muhammad Meerza Marissa Surfina |
Peribadi
suntingSuffian dilahirkan di Kuantan, Pahang, Malaysia. Beliau telah berkahwin dengan Datin Mazita Binti Osman dan mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Muqreez (13 Tahun), Muhammad Musyreed (11 Tahun), Muhammad Meerza (7 Tahun) dan Marissa Surfina (4 bulan).
Pendidikan
suntingSuffian Awang telah menerima Diploma Pentadbiran Awam [1] dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM.[2] from Universiti Teknologi MARA Shah Alam.
Penglibatan dalam bidang politik
suntingSuffian Awang adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan [3] dan juga pengerusi makmal belia Barisan Nasional Youth Lab.[4]
Penglibatan dalam seminar antara bangsa
suntingDatuk Suffian Awang telah menghadiri Asean100, Leadership Forum 2007 on 22-23 August, 2007 di Hotel Melia, Hanoi, Vietnam. Belia mewakili UMNO Malaysia dalam pembentangan kertas kerja untuk mengkaji peranan dan kesan senario politik kepada anak muda.
International Visitor Leadership Program of the United States Department of State “Citizen Participation in a Democracy” on June 26 – July 17, 2008, Washington, D.C. (Mewakili UMNO Malaysia).
2012 Republican National Convention, Tampa Bay Florida on 27 – 29 August 2012. (Mewakili UMNO Malaysia).
Rujukan
sunting- ^ http://fsppp.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=58:am110-diploma-in-public-administration&catid=37:diploma&Itemid=63
- ^ http://law.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=73:lw222-b-hons-of-law&catid=52:professional-degree&Itemid=63
- ^ Wan Hafiz Hamzah "Rakyat Tuntut Siasatan Tindakan Pembangkang, Laporan Media Luar", Pemuda UMNO Malaysia, Kuantan, 13 March 2013. Retrieved on 29 March 2013,
- ^ http://www.themalaysianinsider.com/litee/print/malaysia/When-what-youngsters-say-counts/