Dalam geometri, suatu sudut itu dicakup (Jawi: چاکوڤ) oleh lengkok, tembereng garis atau mana-mana bahagian lain lengkung apabila dua garisnya melalui titik akhir lengkok, tembereng garis atau bahagian lengkung itu. Sebaliknya, lengkok, tembereng garisan atau bahagian lengkung yang terkurung dalam sinar suatu sudut dianggap sebagai cakupan yang sepadan dengan sudut tersebut. Ia juga kadang-kadang dikatakan bahawa lengkok dipintas atau dikelilingi oleh sudut itu.

Contoh sudut yang dicakup oleh lengkok dari dua titik

Maksud tepat berbeza mengikut konteks. Sebagai contoh, seseorang boleh bercakap tentang sudut yang dicakup oleh lengkok bulatan apabila bucu sudut itu ialah pusat bulatan.

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting