Datuk Sudin Wahab merupakan ahli politik Malaysia dari parti PAS dan kemudian Parti Hizbul Muslimin Malaysia / (HAMIM) .Beliau memulakan karier sebagai seorang guru sebelum menyertai Pilihan raya umum Malaysia 1974. Jawatan terakhir sebagai seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan Naka di Padang Terap, Kedah.

Datuk
Sudin Wahab
Presiden Parti Hizbul Muslimin Malaysia
Dalam jawatan
1989–1996
Didahului olehAbdul Wahab Yunus
Digantikan olehJawatan dibubar
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Dalam jawatan
1974–1977
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Langgar-Limbong
Dalam jawatan
1974–1982
Didahului oleh Abu Bakar Umar
Digantikan oleh Said Yassin
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Naka
Dalam jawatan
1971–1974
Didahului olehIsmail Ibrahim
Digantikan olehSaidin Yaakob
Maklumat peribadi
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (hingga 1982)
Parti Hizbul Muslimin Malaysia (bermula 1982)

Dalam pilihanraya umum 1974 , beliau menjadi calon bagi (PAS- BN)bagi Dun Langgar-Limbong dalam kawasan Parlimen Kota Setar. Beliau pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah dan Ketua Penerangan Pas Pusat.Semasa Pas menjadi komponen BN (1974-1978), beliau telah dilantik sebagai exco dalam kerajaan Kedah (1974-1978).

Selepas berlakunya krisis politik di Kelantan pada tahun 1977, Pas telah keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pilihan raya umum Malaysia 1978 secara bersendirian.Sudin Wahab menjadi wakil rakyat Pas penggal yang kedua selepas menang di Dun Langgar Limbong (1978-1982).Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 beliau menjadi calon Pas bagi Parlimen Padang Terap dan Dun Pokok Sena namun tewas dikedua-dua kawasan.

Selepas berlaku krisis kepimpinan dalam Pas pada penghujung tahun 1982 (dimana Datuk Mohd Asri bin Haji Muda telah meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Pas akibat tekanan golongan muda dalam parti untuk mewujudkan kepimpinan ulamak).Rentetan daripada peristiwa ini maka 13 pemimpin Pas telah dipecat dan digantung keahlian mereka oleh pemimpin baru Pas yang diketuai oleh Hj Yusuf Rawa.

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 beliau selaku Presiden HAMIM telah bertanding di parlimen Kubang Pasu (atas tiket Parti S 46) berdepan dengan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad. Tahun 1982 juga, Sudin Wahab bertanding peringkat DUN Pokok Sena tapi tewas kepada Tan Sri Syed Ahmad Shabuddin . Datuk Sudin Wahab mendapat 12329 undi, Syed Ahmad mendapat 18,637 undi dengan majoriti 6308 undi. [1]

Lihat juga

sunting
  1. Parti Hizbul Muslimin Malaysia

Rujukan

sunting