Subis (kawasan negeri)
Subis (Jawi: سوبيس ) ialah kawasan negeri di dalam negeri Sarawak, Malaysia. Ia telah diwakili oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak tahun 1969 sehingga 1991 dan mula dipertandingkan pada tahun 1969.[2] Kawasan ini dimandatkan mengembalikan seorang ahli kepada Dewan Undangan Negeri di bawah sistem undi pemenang undi terbanyak yang lalu.
Kawasan pilihan raya Sarawak | |
---|---|
Bahagian pilihan raya negeri yang tidak berfungsi | |
Badan perundangan | Dewan Undangan Negeri Sarawak |
Kawasan pilihan raya diwujudkan | 1968 |
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan | 1991 |
Kali pertama dipertandingkan | 1969 |
Kali terakhir dipertandingkan | 1987 |
Demografi | |
Pemilih (1969)[1] | 7,913 |
Sejarah
suntingSebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Subis sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Miri-Subis dari tahun 1969 sehingga 1978 dan Lambir dari tahun 1978 sehingga 1990. Ia telah diciptakan pada tahun 1968 dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Lambir.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 1969, Francis Loke dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menang dan telah menewaskan tiga calon lainnya iaitu Lee Foung Chew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Hashim Bin Haji Ladis dari Bebas dan Jackie Yong dari Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS). Sebanyak 7,913 pemilih berdaftar pada pilihan raya ini. Francis Loke mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 1,728, Lee Foung Chew pula mendapat undian sebanyak 1,420, Hashim Bin Haji Ladis sebanyak 1,387 dan paling sedikit ialah Jackie Yong iaitu sebanyak 832 undi.[2]
Pada pilihan raya negeri Sarawak 1987, sebanyak enam calon bertanding di DUN ini iaitu Salleh Jafaruddin dari parti Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak (PERMAS), Usop Wahap dari parti Barisan Nasional (BN), Chong Kon Fatt alias Chong Kow Fatt dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Ali Bin Mana, David Anak La, Linggie Anak Balong dari parti Bebas. Sebuah tempat untuk penamaan calon untuk Subis terletak di Dewan Masyarakat Bekenu di Sibuti, Sarawak. Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak sama dengan tempat penanaman calon iaitu Dewan Masyarakat Bekenu. Kerusi DUN Subis ketika itu dimenangi oleh Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak.[3]
Sejarah perwakilan
suntingAhli Dewan Undangan Negeri untuk Subis.[4] | |||
---|---|---|---|
Persidangan | Tahun | Ahli | Parti |
Kawasan DUN diciptakan | |||
ke-8 | 1969-1974 | Francis Loke | Parti Kebangsaan Sarawak |
ke-9 | 1974-1979 | Mumin Kader | Barisan Nasional (PBB) |
ke-10 | 1979-1983 | Barisan Nasional (PBB) | |
ke-11 | 1983-1987 | Usop Wahab | Barisan Nasional (PBB) |
ke-12 | 1987-1991 | Salleh Jafaruddin | Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak |
Kawasan DUN dimansuhkan, digantikan dengan Lambir |
Keputusan pilihan raya
suntingParti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
SNAP | Francis Loke | 1,728 | 32.2 | ||
Bebas | Hashim Bin Jahi Ladis | 1,387 | 25.8 | ||
SUPP | Lee Foung Chew | 1,420 | 26.5 | ||
PESAKA | Jackie Yong | 832 | 15.5 | ||
Jumlah undian sah | 5,367 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 583 | ||||
Kertas undi tidak dikembalikan | |||||
Kertas undi dikeluarkan | 5,950 | ||||
Pemilih berdaftar | 7,913 | ||||
Majoriti | 308 | ||||
Kawasan DUN ini baru diciptakan. | |||||
Rujukan
sunting- ^ "Barisan chalun2 pilehanraya: Dua belas parti bertanding" [Barisan calon-calon pilihan raya: Dua belas parti bertanding]. Berita Harian. 6 April 1969. m/s. 3. Diperolehi pada 13 Disember 2020.
- ^ a b c "Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969" [Penyata Pilihan Raya Umum Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri 12 Tanah Melayu (Malaysia), Sabah dan Sarawak Tahun 1969]. Surohanjaya Pilehanraya. Dicapai pada 19 November 2009.
- ^ "Laporan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 1987. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2002. Dicapai pada 13 September 2010.
- ^ Abdullah Zakaria Ghazali; Adnan Haji Nawang; Lee Kam Hing (1997). Malaysia, tokoh dulu dan kini. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831000298. Dicapai pada 15 Jun 2016.
Pautan luar
sunting- "Keputusan Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-24. Dicapai pada 2016-04-29.