Stings
Stings merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang aktif pada era 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Stings | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Arriesa (1988–1993) Sting (1993–1994) |
Berasal dari | Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia |
Genre | Slow rock, pop rock, rock progresif, balada |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1988–1994 1995–1997 1998–2001 2017–kini |
Syarikat rakaman | MSO |
Pengkarya berkait | Azam Dungun, Juwie, Lan Laga, LY & Baiduri, Saari Amri, dan lain-lain |
Ahli | Amar (vokal) Poey (vokal) Rushdie (gitar utama) Aleem (bes) Amy (keyboard) Azul (dram) |
Bekas ahli | Shah (vokal) Din (gitar utama) Anuar (gitar kedua) Epul (gitar kedua) Am (bes) John (bes) Wazir (dram) Zali (dram) |
Berasal dari Negeri Sembilan, kumpulan ini terkenal menerusi lagu-lagu hit seperti Adakah Kau Setia, Dalam Diam Aku Mencintaimu, Kau Tetap Ku Hajati dan Ku Sapu Air Mata Perpisahan.
Latar belakang
sunting1988–1993: Era Arriesa (sebelum kewujudan Stings)
suntingSejarah awal Stings bermula pada tahun 1988 di Seremban dengan penubuhan sebuah kugiran muzik bernama Arriesa. Barisan keanggotaan Arriesa terdiri daripada dua orang adik-beradik iaitu Aleem selaku pemain bes dan Azul selaku pemain dram, bersama-sama Rushdie bin Jaffar (TokDi/Die Jaffar/DJ) di posisi gitar utama dan dan Shah di posisi penyanyi, dan mereka aktif membuat persembahan di majlis-majlis kenduri di sekitar Seremban.[1][2][3][4][5]
1993–1995: Penjenamaan semula, kemasukan Poey dan album pertama
suntingArriesa dijenamakan semula dengan nama baharunya, Sting pada tahun 1993 dan mereka sempat membuat persembahan di majlis-majlis keramaian di sekitar Seremban. Pada tahun itu juga mereka telah mengikat kontrak bersama Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. (MSO) dan terus merakamkan album pertama. Ketika proses rakaman berbaki 50%, Shah menarik diri dari Sting atas sebab-sebab peribadi, menyebabkan kerja-kerja rakaman tergendala sementara waktu untuk mencari penyanyi gantian. Apabila Hasri Hashim (Poey; lahir 5 Mac 1971), seorang penyanyi dari Sungkai, Perak yang juga pernah menjadi vokalis Terra Rossa dilamar oleh seorang komposer terkenal, Lan Laga sebagai teraju baharu kumpulan Sting, maka Lan telah menambahkan huruf 's' di belakang perkataan Sting untuk menjadikan nama kumpulan ini sebagai Stings. Ini bermakna Poey adalah penyanyi pertama kumpulan Stings, bukanlah penyanyi kedua seperti yang dicanang oleh kebanyakan peminat. Pada 17 Februari 1994, rakaman diteruskan untuk album sulung mereka, Hajat, di mana salah satu lagu dari album tersebut, Kepadamu Kekasih Hati, menjadi hits yang melonjak nama Stings dalam persada industri muzik Malaysia.
1995–2001: Episod-episod pertukaran anggota dan dan era kegemilangan
suntingSelepas album ini, Aleem dan Azul pula mengambil keputusan keluar dari Stings kerana mereka berdua ingin direhatkan atas alasan peribadi, maka tinggallah Poey dan Rushdie sahaja. Secara rasminya diramal berkubur kumpulan ini akibat kehilangan pemain gitar bes dan dram. Pada tahun 1995, Poey dan Rushdie tidak berputus asa untuk mengaktifkan kumpulan ini, kebetulan Poey ingin mencari ahli-ahli baharu yang ingin menyertai Stings. Hasilnya MSO berjaya mendapatkan tiga orang pemuzik baharu iaitu Epul yang merupakan bekas pemain gitar utama Terra Rossa (gitar kedua), Am (bes) dan Wazir (dram). Kemudian, mereka telah mengeluarkan album kedua yang berjudul Ingatku Dalam Doamu, yang mengandungi dua buah lagu dari album tersebut, Ingatku Dalam Doamu dan Padamu Kasih. Belum sempat album Ingatku Dalam Doamu untuk dibuat promosi di pasaran, Am dan Wazir telah menarik diri dan kekosongan itu digantikan oleh Zali manakala tempat Am tidak digantikan.
Kemudian pada 1 April 1996, Stings telah melancarkan album ketiga mereka berjudul Adakah Kau Setia di bawah label yang sama. Dalam album ini, kumpulan ini mengundang pemain gitar bes, John yang merupakan bekas pemain gitar bes kumpulan Lestari. Album Adakah Kau Setia telah melonjakkan nama Stings di persada muzik tempatan apabila album ini terjual sebanyak 200,000 unit dengan hampir kesemua lagu dalam album ini hit dan keluar di stesen-stesen radio tempatan. Antara lagu yang popular dalam album Adakah Kau Setia ialah Usah Dengar Kata Orang, Inspirasi Minda, Mentera Cinta Kita, Kemungkinan, dan Adakah Kau Setia. Album ini kemudiannya diiktiraf sebagai album yang mencatatkan jualan terbanyak di Malaysia pada ketika itu sebelum rekod mereka dipecahkan oleh kumpulan Slam pada tahun 1995 menerusi album Terbaik Slam yang mencatatkan jualan sebanyak 25,000 unit dan kumpulan Exist pada tahun 1997 menerusi album Jangan Gentar 600,000 unit dalam tempoh 6 bulan.
Pada tahun 1997 Stings yang belum pernah menerbitkan album kompilasi, muncul dengan album kompilasi berjudul Koleksi Hits yang mengandungi sebuah tiga lagu bonus bertajuk Demi Kebahagiaan, Kita Sama-sama Suka dan Cinta Memerlukan Kesetiaan sekaligus selepas muncul tiga album studio. Album kompilasi Stings yang dibungkus semula dengan judul Cinta Memerlukan Kesetiaan untuk pasaran Indonesia pada tahun 1998 turut meletup di sana dengan rekod sebanyak 600,000 unit.
Selepas album ini, Stings pula secara rasmi diramal berkubur apabila anggota-anggota Stings telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Pada tahun 1998, Stings pula telah diaktifkan kembali dengan barisan keanggotaan baharu yang terdiri daripada Poey (penyanyi), bekas ahli kumpulan Fancy Din Jantan (gitar utama), bekas ahli kumpulan Sivilnius Anuar (gitar kedua), John (bes) dan Zali (dram) untuk menghasilkan empat album iaitu Rahsia Cinta (1998), Ku Sapu Air Mata Perpisahan (1999), Timang Timang (2000) dan Satukah Kita (2001). Selepas album ini, anggota Stings telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Walau bagaimanapun, Poey tidak pernah mengatakan beliau menarik diri daripada Stings seperti yang dihebahkan oleh bekas ahli kumpulan dalam temuramah bersama media baik dalam akhbar-akhbar atau YouTube.
Perkembangan terkini
suntingSetakat ini, Stings masih lagi bergiat aktif dalam industri muzik. Kumpulan ini masih mengekalkan anggota-anggota asal iaitu Aleem, Azul dan Rushdie, ditambah lagi dengan kemasukan Amar di kedudukan vokal dan Amy sebagai pemain keyboard.[6] Sementara itu, Poey sering kali menerima jemputan untuk membuat persembahan di konsert, majlis-majlis keramaian dan acara rasmi di sekitar provinsi-provinsi di Sumatera, Indonesia sekaligus berjaya meraih ramai peminat dari negara jiran itu.[7][8]
Keahlian
suntingBerikut adalah perkembangan barisan keanggotaan Stings sejak awal penubuhannya sehingga sekarang.
Arriesa 1988–1993
sunting- Shah - penyanyi
- Rushdie - gitar utama
- Aleem - bes
- Azul - dram
Sting 1993–1994/Stings 1994–1995
sunting- Shah - penyanyi, diganti oleh Poey
- Poey - penyanyi
- Rushdie - gitar utama
- Aleem - bes
- Azul - dram
Stings 1995–1996
sunting- Poey - penyanyi
- Rushdie - gitar utama
- Epul - gitar kedua
- Am - bes
- Wazir - dram
Stings 1996–1998
sunting- Poey - penyanyi
- Rushdie - gitar utama
- Epul - gitar kedua
- John - bes
- Zali - dram
Stings 1998–2001
sunting- Poey - penyanyi
- Din - gitar utama
- Anuar - gitar kedua
- John - bes
- Zali - dram
Stings 2017–kini
sunting- Amar - penyanyi
- Poey - penyanyi
- Rushdie - gitar utama
- Amy - keyboard
- Aleem - bes
- Azul - dram
Diskografi
suntingAlbum-album studio
sunting- Hajat (1994)
- Ingatku Dalam Doamu (1995)
- Adakah Kau Setia (1996)
- Cinta Memerlukan Kesetiaan (1998)
- Rahsia Cinta (1998)
- Ku Sapu Air Mata Perpisahan (1999)
- Timang Timang (2000)
- Satukah Kita (2001)
Album-album kompilasi
suntingRujukan
sunting- ^ "STINGS ingin menyengat peminat". Buletin Utama. Mei 1994.
- ^ Mirsa Ismail (15 Mei 1994). "CARI 'TUAH' DENGAN NAMA STING". VariaPop.
- ^ "Stings meriahkan muzik rock negara". Berita Minggu. 15 Mei 1994.
- ^ Rubiana Ramli (Mei 1994). "Stings tak tiru Barat". Remaja.
- ^ Stings (13 Januari 2018). Stings (1993). Inilah anggota kumpulan Stings yang asal. Azul (drum), Tokdi (gitar), Aleem (bass), dan yg duduk itu Shah (vocal) (Status Facebook). Dicapai pada 12 September 2024.
- ^ Stings (25 Disember 2017). TokDi, Aleem, Amar, Amy, Azul (Status Facebook). Dicapai pada 12 September 2024.
- ^ Wan Siti Aminah (2 Februari 2024). ""Saya tak sebelah mana-mana pihak", Poey Stings banjir 'job' politik dari negara jiran". Malaysia Dateline. Dicapai pada 12 September 2024.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (17 Februari 2024). "Kalau minat kumpulan Stings, mengaku sajalah – Poey". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 September 2024.