Stesen Monorel Tun Sambanthan

Stesen Monorel Tun Sambanthan adalah sebuah stesen monorel bertingkat dalam aliran KL Monorail yang dibuka serentak dengan stesen-stesen lain sepanjang alirannya pada 31 Ogos 2003.

 MR2 
Stesen Monorel Tun Sambanthan
ستيسين مونوريل تون سمبنثان
Stesen KL Monorail
LokasiSelatan simpang Jalan Tun Sambanthan 4 - Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.
Koordinat3°7′53″N 101°41′26″E / 3.13139°N 101.69056°E / 3.13139; 101.69056
Dimiliki olehKL Infrastructure Group Limited (KL Infra)
LaluanKL Monorail (2003 – kini)
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Templat letak kenderaanTiada
Maklumat lain
Kod stesen MR2 
Sejarah
Dibuka31 Ogos 2003
Lokasi
Map

Stesen ini terletak di selatan persimpangan Jalan Tun Sambanthan 4-Jalan Tebing di daerah Brickfields, Kuala Lumpur, di tebing barat Sungai Klang, sebelah Kolej Methodist Kuala Lumpur, dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia berhampiran Jalan Tun Sambanthan 4. Stesen ini terletak berhampiran jejantas yang menyeberangi Sungai Klang, menghubunyi Jalan Syed Putra yang bersambung dengan Lebuhraya Persekutuan dan Sekolah Menengah Kuen Cheng di seberang sungai. Stesen ini cuma ada satu pintu keluar di barat Jalan Tebing.

Stesen ini dinamakan atas V. T. Sambanthan, seorang tokoh tersohor Kongres India Malaysia. Jalan Tun Sambanthan, sebatang jalan utama di Brickfields yang juga dinamakan sempena V. T. Sambanthan, ialah tempat terletaknya lokasi terminus monorel KL Sentral.

Stesen sebelumnya Stesen berikutnya
KL Sentral   KL Monorail   Maharajalela