Stesen MRT Taman Teknologi

Stesen MRT Taman Teknologi ialah stesen Transit Aliran Deras (MRT) akan datang, di Bukit Jalil, selatan Kuala Lumpur yang menjadi tempat perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya (PYL). Ia terletak di antara Stesen MRT Sungai Besi dan Stesen MRT Serdang Raya Utara serta mempunyai kod stesen iaitu PY30.[1][2][3]

Taman Teknologi
Stesen transit aliran deras (MRT) | Rapid_KL_Logo
LokasiStesen MRT Taman Teknologi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°03′06″N 101°42′21″E / 3.0516°N 101.7059°E / 3.0516; 101.7059Koordinat: 3°03′06″N 101°42′21″E / 3.0516°N 101.7059°E / 3.0516; 101.7059
Dimiliki olehMRT Corp
Dikendalikan olehRapid KL (subsidiari Prasarana Malaysia)
Laluan12 Laluan Putrajaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T563, 590
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan OKUYa
Maklumat lain
StatusBelum dibina; akan datang
Kod stesen PY30 
Sejarah
Akan dibukaAkan datang
DielektrikkanYa
Nama lamaTechology Park
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Sungai Besi
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan Putrajaya
Perkhidmatan akan datang
Serdang Raya Utara
menghala ke Putrajaya Sentral
Lokasi
Map

Stesen ini dahulunya dikenali sebagai Stesen MRT Technology Park sebelum dtukar kepada nama stesen sedia ada. Nama stesen MRT Technology Park mula diumumkan pada tahun 2016 dalam sebuah video tayangan rasmi di Youtube, dan dibina dibawah kontrak kerja pembinaan bawah tanah dengan kod stesen awal iaitu S25A.[4][2] Stesen MRT Taman Teknologi merupakan sebahagian daripada projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) di Lembah Klang dan akan dibuka rasmi pada masa akan datang.[1]

Sejarah

sunting

Pada 15 September 2016, MRT Corp telah mengumukan bahawa stesen Technology Park akan menjadi sebahagian daripada cadangan jajaran stesen Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (kini Laluan Putrajaya), melalui video yang ditayangkan secara rasmi di Youtube, bertajuk "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video".[4] Stesen MRT Techology Park terletak sektor landasan kereta api selatan Laluan Putrajaya. Kod awal untuk pembinaan struktur stesen ini ialah S25A, yang di mana merujuk sebagai stesen kedua puluh lima A dalam jajaran Laluan Putrajaya.[2][3][5]

Ciri-ciri stesen

sunting

Lokasi stesen

sunting

Nama Stesen MRT Taman Teknologi diambil sempena Taman Teknologi Malaysia, iaitu sebuah taman perindustrian sains di Bukit Jalil yang terletak di selatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.[6] Mengikut pelan yang dicadangkan, Stesen MRT Taman Teknologi terletak di bawah persimpangan bertingkat Taman Teknologi, di mana Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban membuat pertemuan antara Lebuhraya Bukit Jalil (FT 217) dan Persiaran Serdang Perdana di sini. Ia terletak berhampiran dengan Plaza Tol Mines Utara di Lebuhraya Sungai Besi dan perumahan berjajar Meadows and Glades di bahagian timur laut, bangunan kondominium Maju Kuala Lumpur di bahagian utara, Selangor Turf Club di bahagian timur, Pusat Pengurusan Pengangkutan Kuala Lumpur di bahagian barat daya, Ibu pejabat Astro di bahagian barat dan Wisma Scope International (atau Wisma Standard Chartered) dan Technology Park Malaysia College di bahagian barat laut.[3][6][7]

Kesalinghubungan

sunting

Perkhidmatan bas

sunting

Bas Pengantara MRT yang dikendalikan oleh Rapid KL, laluan T563 dari Stesen MRT Serdang Raya Utara ke Taman Teknologi Malaysia (TPM) dan Bukit Jalil melalui lokasi rancangan Stesen MRT Taman Teknologi. Selain itu, hentian bas Selangor Turf Club/Plaza Tol Mines Utara dengan kod stesen bas KL2006 juga terletak berhampiran dengan tapak racangan Stesen MRT Taman Teknologi. Laluan bas yang berkhidmat di situ ialah 590 dari Hab Universiti Tunku Abdul Rahman (kod hentian – KJ477) di Sungai Long ke Hab Lebuh Pudu (kod hentian – KL101) di Pudu, Kuala Lumpur.[8]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b MRT Corp (2021). "Peta Jajaran – Laluan Putrajaya". mymrt.com.my. Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  2. ^ a b c MRT Corp (2017). "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  3. ^ a b c MRT Corp. "Putrajaya Line Revised Railway Scheme Submission Station Site Context Plan" [Penyerahan Skim Kereta Api Semakan dan Pelan Konteks Tapak Stesen Laluan Putrajaya] (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2022. Dicapai pada 29 Januari 2022.
  4. ^ a b MRT Malaysia (15 September 2016). "MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) Line Alignment Video" [Video Jajaran Laluan MRT Sungai Buloh–Serdang–Putrajaya (SSP).]. Dicapai pada 29 November 2022 – melalui Youtube.
  5. ^ "Alignment Map – Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Line" [Peta Jajaran – Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya]. www.mymrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2017. Dicapai pada 31 Mei 2022.
  6. ^ a b "Technology Park MRT Station" [Stesen MRT Technology Park]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 15 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017. Dicapai pada 4 Mei 2023.
  7. ^ MRT Corp. "MRT Putaraya Line – Hawk Eye View" [MRT Laluan Putrajaya – Permandangan Hawk Eye] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Dicapai pada 20 Disember 2022.
  8. ^ "MyRapid - Bus Kiosk". Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 27 Jun 2022. Dicapai pada 27 Jun 2022.