Stesen LRT Bank Rakyat-Bangsar

(Dilencongkan daripada Stesen LRT Bangsar)

Stesen LRT Bangsar (atau Stesen LRT Bank Rakyat Bangsar atas sebab penajaan)[1] ialah stesen LRT yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[2]

Bank Rakyat-Bangsar Rapid KL
Permandangan stesen LRT Bank Rakyat-Bangsar.
LokasiStesen Bangsar, Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′38″N 101°40′45″E / 3.12722°N 101.67917°E / 3.12722; 101.67917Koordinat: 3°7′38″N 101°40′45″E / 3.12722°N 101.67917°E / 3.12722; 101.67917
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan5 Laluan Kelana Jaya
Platform2 platform sisi
Trek2
SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: BET3, BET4, 750, 751, 772, 780, 781, 782, 821, 822, T850
Pembinaan
Jenis strukturBertingkat
Templat letak kenderaanTiada
Kemudahan basikalTiada
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen KJ16 
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Gombak
Laluan Kelana Jaya
menghala ke Putra Heights
Lokasi
Map

Dahulunya dikenali sebagai Bangsar sejak memulakan operasinya pada September 1, 1998, stesen ini telah ditukarkan nama kepada Bank Rakyat-Bangsar selepas Bank Rakyat telah diberikan hak penamaan daripada Prasarana Malaysia. Stesen ini adalah antara tiga stesen pertama dibawah projek perintis Hak Penamaan Stesen sejak dilancarkan pada Oktober 2015.[1][3]

Ciri-ciri stesen

sunting

Lokasi

sunting

Stesen ini terletak di atas Jalan Bangsar, timur Bangsar, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan stesen adalah Menara UOA, Dataran Maybank, Pasar Malam Jalan Ang Seng, Gaya Bangsar Condo, Princess Tower Condo, Pangsapuri KTMB Bangsar Utama, Flat Sri Pahang, pangsapuri Crescent Court, Brickfields (Little India), hotel EST KL Sentral, Kuil Sri Nageswari Amman dan Kuil Arulmigu Sri Ramalingeswarar.

Pelan Stesen

sunting
L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
KJ Arah Timur 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (KL Sentral)
KJ Arah Barat 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Abdullah Hukum)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri  
L1 Aras legar Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan  
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian  

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya.

Perkhidmatan bas

sunting

Bas RapidKL laluan BET3, BET4, 750, 751, 772, 780, 781, 782, 821, 822 dan T850 berkhidmat di stesen ini.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Nuradzimmah Daim (13 Okt 2015). "Bangsar LRT Station now known as the Bank Rakyat-Bangsar LRT Station" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jul 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018.
  2. ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 8 Mei 2019.
  3. ^ Shahrim Tamrin (13 Okt 2015). "Prasarana's station naming rights programme gains traction among corporates" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jul 2018. Dicapai pada 6 Nov 2018.