Stesen LRT Asia Jaya
Stesen LRT Asia Jaya ialah stesen Transit Aliran Ringan yang terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, sebahagian Laluan Kelana Jaya. Stesen ini dinamakan sempena bekas pusat membeli-belah Asia Jaya, yang kini ditukar kepada Hotel Armada pada dekad 1990-an yang terletak di seberang Jalan Utara. Stesen ini dibuka pada 1 September 1998 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni.[1]
Lokasi | Stesen Asia Jaya, Jalan 51a/223, 46100 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Koordinat | 3°06′16″N 101°38′15″E / 3.10444°N 101.63750°EKoordinat: 3°06′16″N 101°38′15″E / 3.10444°N 101.63750°E | ||||||||||
Dimiliki oleh | Prasarana Malaysia | ||||||||||
Laluan | 5 Laluan Kelana Jaya | ||||||||||
Platform | 1 platform tengah | ||||||||||
Trek | 2 | ||||||||||
Sambungan | Rapid Bus: T786, T787 Menara PJ8 | ||||||||||
Pembinaan | |||||||||||
Jenis struktur | Bertingkat | ||||||||||
Templat letak kenderaan | Disediakan oleh MBPJ | ||||||||||
Kemudahan basikal | 20 petak basikal | ||||||||||
Kemudahan OKU | Ya | ||||||||||
Maklumat lain | |||||||||||
Kod stesen | KJ21 | ||||||||||
Sejarah | |||||||||||
Dibuka | 1 September 1998 | ||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||
| |||||||||||
Lokasi | |||||||||||
Ciri-ciri stesen
suntingLokasi
suntingStesen Asia Jaya terletak di selatan Seksyen 14 Petaling Jaya, Selangor. Stesen ini terletak kira-kira 300m dari persimpangan Jalan Barat Lebuhraya Persekutuan. Juga terletak berhampiran stesen ini adalah Seksyen 14 Petaling Jaya, Seksyen 51A Petaling Jaya, pejabat Tenaga Nasional (TNB) cawangan Petaling Jaya, Wisma Lotus, Wisma LYL, City University of Malaysia, Menara Axis, Menara PJ8, Hotel Armada Petaling Jaya, Hotel Sheraton Petaling Jaya, Hotel Hilton Petaling Jaya, The Istara Condominium, Brickfields Asia College (BAC) kampus Petaling Jaya, Kuil Sikh Gurdwara Sahib Petaling Jaya, pangsapuri Millenium Square dan Menara Jaya.
Pelan stesen
suntingL2 Platform |
KJ Arah Timur | → 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ1 Gombak (Taman Jaya) |
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan | ||
KJ Arah Barat | ← 5 Laluan Kelana Jaya menghala ke KJ37 Putra Heights (Taman Paramount) | |
L1 | Aras legar | Mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan |
G | Aras tanah | Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian |
Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar dan aras tanah. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, kemudahan parkir disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]
Perkhidmatan bas
suntingBas RapidKL laluan T786 dan T787 berkhidmat di stesen ini. Bas Seranas laluan 700; bas Wawasan Sutera laluan 710; dan bas RapidKL laluan 750, 770, 772, 780 berkhidmat di hentias bas Asia Jaya bagi bas ke Kuala Lumpur dan hentian bas Menara PJ8 bagi bas ke Subang Jaya/Klang. Bas PJ City laluan PJ01 dan PJ02 berkhidmat di hentian bas Asia Jaya bagi bas menghala ke utara sahaja.
Galeri
sunting-
Papan tanda di platform stesen Asia Jaya
-
Pintu Masuk LRT Asia Jaya
-
Aras platform stesen Asia Jaya station, dilihat menghadap ke timur. Stesen ini adalah salah satu daripada 13 stesen Laluan Kelana Jaya Line yang menggunakan platform tengah.
-
Papan notis stesen Asia Jaya
-
Sebuah peta melakarkan persekitaran stesen Asia Jaya dan mengilustrasikan lokasi tiga stesen bas yang boleh dicapai dari stesen Asia Jaya.
Rujukan
sunting- ^ Meng Yew Choong (31 Ogo 2015). "Klang Valley urban rail service turns 10". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Apr 2017. Dicapai pada 12 Mei 2019.
- ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
- ^ "Bike N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.