Charles Léon Stephen Sauvestre (26 Disember 1847 - 26 Disember 1919) ialah arkitek Perancis yang terkenal melalui sumbangan beliau kepada reka bentuk Menara Eiffel, salah sebuah menara ikonik di dunia, yang telah dibina untuk Pameran Universal 1889 bertempat di Paris, Perancis . [1]

Stephen Sauvestre
Maklumat peribadi
Meninggal dunia18 Jun 1919(1919-06-18) (umur 71)
Hasil kerja

Kehidupan awal

sunting

Sauvestre lahir di Bonnétable, Sarthe di Perancis pada tahun 1847. Bapanya, Charles Sauvestre merupakan seorang penulis, sosialis, aktivis dan guru manakala ibunya pula seorang suri rumah. Beliau memperoleh kepujian kelas pertama dari École Spéciale d'Architecture pada tahun 1868. Pada tahun 1919, beliau telah meninggal dunia pada usia 72 tahun. [2]

Kerjaya

sunting
 
Pasukan projek Menara Eiffel. Stephen Sauvestre di kiri, Gustave Eiffel di tengah .

Sauvestre telah menyumbang kepada reka bentuk Menara Eiffel, dengan menambahkan gerbang hiasan ke tapak, pavilion kaca ke tingkat pertama dan kubah di bahagian atas. Beliau juga bertanggungjawab memilih warna menara. Idea beliau telah disokong oleh Gustave Eiffel yang kemudiannya membeli hak paten pada reka bentuk Sauvestre. Idea ini telah difailkan bersama Maurice Koechlin dan Émile Nouguier . [3] [4] Beliau juga menyandang jawatan ketua jabatan Senibina Compagnie des Etablissements Eiffel [5] [6]

Projek terkenal

sunting
  • 1878 : Gas Pavilion, Ekspo, Paris
  • 1879 : Sekolah Kebangsaan Kimia Mulhouse, Kennedy Avenue, Mulhouse
  • 1876 : Hotel Seyrig di Paris
  • 1881 : Rumah 61 Rue Ampere
  • 1884 : Maison d'Albert Menier
  • 1884 : Hotel Beranger
  • 1887 - 1889 : Menara Eiffel
  • 1889 : Galerie des Machines
  • 1900 - 1902 : Chateaux
  • 1905 - 1908 : Ancienne Menier
  • 1906 : Kilang Coklat Menier

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "The annotated arch: a crash course in the history of architecture, By Carol Strickland, Amy Handy – Google Books". Dicapai pada 24 May 2010.
  2. ^ The architect of the Eiffel Tower
  3. ^ Harvie 2006, p78
  4. ^ "Space, time and architecture: the growth of a new tradition, By Sigfried Giedion – Google Books". Dicapai pada 24 May 2010.
  5. ^ "Corus in construction – Exhibition buildings". Corusconstruction.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2013. Dicapai pada 24 May 2010.
  6. ^ French Encyclopedia website Encyclopedia Universalis.

Pautan luar

sunting