Ștefan III dari Moldavia
Ștefan III dari Moldova, juga dikenali sebagai Ștefan yang Agung (Romania: Ștefan cel Mare ; sebutan: Templat:IPAc-ro; meninggal pada 2 Julai 1504) merupakan seorang voivode (putera) Moldova dari 1457 hingga 1504. Baginda merupakan adalah anakanda dan pemerintah bersama Bogdan II dari Moldova yang dibunuh pada tahun 1451. Ștefan melarikan diri ke Hungary dan kemudiannya ke Wallachia, tetapi dengan sokongan Vlad III Dracula, Voivode Wallachia, baginda kembali ke Moldova lalu memaksa Petru Aron berlindung di Poland pada musim panas tahu. 1457. Teoctist I yang memerintah Moldavia, melantik baginda sebagai putera.
Ștefan III yang Agung | |
---|---|
Raja Moldavia | |
Pemerintahan | 1457–1504 |
Didahului oleh | Petru Aron |
Diikuti oleh | Bogdan III |
Keputeraan | 1433–1440 |
Kemangkatan | 2 Julai 1504 Suceava |
Pemakaman | Biara Putna |
Pasangan | Mărușca (?) Evdochia of Kiev Maria dari Mangup Maria Voichița dari Wallachia |
Anakanda | Alexandru Bogdan III Petru Rareș |
Dynasty | Wangsa Mușat |
Ayahanda | Bogdan II dari Moldavia |
Bonda | Maria Oltea |
Agama | Gereja Ortodoks Timur |
Warga Romania moden menganggap baginda sebagai salah satu pahlawan terhebat mereka. Pengkanonnya sebagai seorang santo oleh Gereja Ortodoks Romania pada tahun 1992, menjadikan beliau digelar sebagai "Stephen yang Agung dan Suci" (Ștefan cel Mare și Sfânt).