Stadium 974
Stadium 974 (Arab: استاد ٩٧٤, rumi: ʾIstād 974 , sebelum ini dikenali sebagai Stadium Ras Abu Aboud) ialah sebuah stadium bola sepak di Ras Abu Aboud, Doha, Qatar. Dibuka pada 30 November 2021, ia merupakan venue sementara yang diperbuat daripada 974 kontena perkapalan kitar semula yang akan menganjurkan perlawanan semasa Piala Dunia FIFA 2022, selepas itu ia akan dileraikan. Ia merupakan venue sementara pertama dalam sejarah Piala Dunia FIFA.
Nama silam | Stadium Ras Abu Aboud |
---|---|
Lokasi | Ras Abu Aboud, Qatar |
Koordinat | 25°17′24″N 51°33′54″E / 25.290°N 51.565°EKoordinat: 25°17′24″N 51°33′54″E / 25.290°N 51.565°E |
Kapasiti | 44,089 |
Permukaan | Rumput |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 2018 |
Dibuka | 30 November 2021 |
Ditutup | 5 Disember 2022 |
Arkitek | Fenwick Iribarren Architects |
Jurutera struktur | Schlaich Bergermann Partners |
Reka bentuk
suntingStadium 974 telah direka oleh firma arkitek Fenwick Iribarren Architects[1][2], yang berpangkalan di Sepanyol, dibantu oleh firma kejuruteraan struktur, Schlaich Bergermann Partners dan firma konsultan kejuruteraan, Hilson Moran[3]. Ini merupakan stadium Piala Dunia FIFA pertama yang menggunakan konsep modular[3], di mana kesemua bahagian stadium ini boleh dileraikan dan dipasang kembali di lokasi lain, dengan jumlah kapasiti penonton yang sama[4]. Elemen utama stadium ini ialah penggunaan kontena sebanyak 974 buah yang digabung bersama menggunakan rangka keluli kukuh[5], menyebabkan stadium ini dinamakan Stadium 974. Selain itu, nombor 974 juga merupakan kod panggilan antarabangsa bagi negara Qatar (+974)[5].
Stadium ini tidak memiliki penghawa dingin[6], tidak seperti venue perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 yang lain. Lokasi Stadium 974 yang terletak berhampiran Teluk Parsi membolehkan peredaran udara sejuk dari laut yang sangat baik ke tempat duduk penonton[6] dan membantu mengurangkan beban kepada sistem penyejukan stadium ini. Ruang dalam kontena digunakan untuk menyambungkan tangga-tangga, dijadikan sebagai tandas dan gerai makanan dan minuman.
Pada bulan September 2022, Stadium 974 mencapai penarafan 5-bintang di bawah Global Sustainability Assessment System[7]. Di bawah sistem ini, Stadium 974 mendapat skor Kategori A bagi pengurusan pembinaan dan 5-bintang bagi rekabentuk lestari[7][4].
Pembinaan
suntingKos keseluruhan pembinaan Stadium 974 ini dilaporkan sebanyak USD $200 bilion. Kerja-kerja pembinaan stadium ini bermula sekitar tahun 2017 dan dan dilancarkan secara rasmi pada bulan November 2021[8]. HBK Contracting Company yang berpangkalan di Qatar, dilantik sebagai kontraktor utama dan TiME Qatar dilantik sebagai pengurus projek dalam projek pembinaan Stadium 974 ini. Kos pembinaan dilaporkan rendah berbanding dengan kos pembinaan stadium secara kekal kerana penggunaan komponen pasang siap dan elemen modular yang terdapat dalam stadium ini, menyebabkan kurang impak bahan buangan terhadap alam sekitar semasa pembinaan stadium ini dijalankan.
Selain itu, penggunaan komponen pasang siap juga mampu mengurangkan kadar jejak carbon (CO2) yang dihasilkan[9]. Manakala, kadar penggunaan air juga berkurang sebanyak 40% oleh kerana kadar kecekapan penggunaan air yang lebih cekap direka untuk stadium ini.
Rekod perlawanan
suntingPiala Negara-Negara Arab FIFA 2021
suntingTarikh | Masa | Pasukan #1 | Keputusan | Pasukan #2 | Pusingan | Jumlah penonton |
---|---|---|---|---|---|---|
30 November 2021 | 22:00 | Emiriah Arab Bersatu | 2–1 | Syria | Kumpulan B | 4,129 |
3 Disember 2021 | 19:00 | Mauritania | 0–1 | Emiriah Arab Bersatu | 3,316 | |
4 Disember 2021 | Sudan | 0–5 | Mesir | Kumpulan D | 14,464 | |
7 Disember 2021 | 18:00 | Jordan | 5–1 | Palestin | Kumpulan C | 9,750 |
15 Disember 2021 | Tunisia | 1–0 | Mesir | Separuh akhir | 36,427 | |
18 Disember 2021 | 13:00 | Mesir | 0–0 (m.t.) (4–5 pen.) |
Qatar | Penentuan tempat ketiga |
30,978 |
Piala Dunia FIFA 2022
suntingTarikh | Masa | Pasukan #1 | Keputusan | Pasukan #2 | Pusingan | Jumlah penonton |
---|---|---|---|---|---|---|
22 November 2022 | 19:00 | Mexico | 0–0 | Poland | Kumpulan C | 39,369 |
24 November 2022 | Portugal | 3–2 | Ghana | Kumpulan H | 42,661 | |
26 November 2022 | Perancis | 2–1 | Denmark | Kumpulan D | 42,869 | |
28 November 2022 | Brazil | 1–0 | Switzerland | Kumpulan G | 43,649 | |
30 November 2022 | 22:00 | Poland | 0–2 | Argentina | Kumpulan C | 44,089 |
2 Disember 2022 | Serbia | 2–3 | Switzerland | Kumpulan G | 41,378 | |
5 Disember 2022 | Brazil | 4–1 | Korea Selatan | Pusingan 16 | 43,847 |
Rujukan
sunting- ^ "A Modular, Demountable Stadium Built From Shipping Containers Will Be Erected for Qatar 2022 World Cup". ArchDaily. 28 November 2017. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ "Stadium 974". StadiumDB. Dicapai pada 21 April 2022.
- ^ a b "Stadium 974, a demountable arena built with shipping containers by Fenwick Iribarren Architects". Metalocus. 24 November 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ a b "Stadium 974 achieves GSAS 5-star sustainability rating". The Peninsula. 31 Ogos 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ a b "Demountable stadium built with shipping containers reaches completion in Qatar". Dezeen. 24 November 2021. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ a b Zainal, Zuraimee (7 Disember 2022). "Stadium 974 kontena ditanggalkan selepas Qatar 2022". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ a b "Qatar's Stadium 974 achieves 5-star sustainability rating". Arab News. 1 September 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "Stadium 974: Qatar's beacon of sustainability". Qatar2022. 18 Oktober 2022. Dicapai pada 15 Januari 2023.
- ^ "Stadium 974 will be Unveiled on November 30". ScaleMag. 21 November 2021. Dicapai pada 15 Januari 2023.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stadium 974 |