Stadium Nasional (Tokyo, 1958)

(Dilencongkan daripada Stadium Olimpik Kebangsaan (Tokyo))

Stadium Kebangsaan (国立霞ヶ丘陸上競技場, Kokuritsu Kasumigaoka Rikujō Kyogijō) merupakan sebuah stadium yang terletak di Kasumigaoka, Shinjuku, Tokyo, Jepun. Stadium ini berperanan sebagai stadium utama untuk acara pembukaan dan penutupan serta menjadi venue untuk acara olahraga semasa Sukan Olimpik Musim Panas 1964. Perlawanan Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun dan perlawanan akhir bola sepak utama berlangsung di stadium ini. Kapasiti rasmi stadium ini adalah 57,363 tetapi kapasiti sebenar adalah hanya 48,000 tempat duduk.

Stadium Kebangsaan
Kokuritsu Kyōgijō
Lokasi10-2, Kasumigaoka-machi, Shinjuku, Tokyo, Jepun
Dibuka1958
Ditutup2014
PemilikMajlis Sukan Jepun
PermukaanRumput
Kos pembinaan1.26 bilion (pembinaan semula 2019)
ArkitekMitsuo Katayama
Kengo Kuma (pembinaan semula 2019)
Kapasiti48,000 (asal)
68,000 (Olahraga 2019)
60,000 (Sukan Olimpik Musim Panas 2020 )
Rekod kehadiran80,000
L'Arc-en-Ciel, pada 21–22 Mac 2014
Dimensi padang105 × 68 m

Perobohan stadium ini telah selesai pada bulan Mei 2015 dan tapak stadium akan dibangunkan semula sebagai Stadium Olimpik Kebangsaan dengan kapasiti yang lebih besar.[1] Stadium baru dijangka akan menjadi venue utama untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Panas 2020.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Demolition of Tokyo's old Olympic stadium completed, clearing way for new 2020 Olympic venue". espn.go.com. ESPN. 2015-05-13. Dicapai pada 2015-09-26.

Pautan luar

sunting