Stadium Makomanai Sekisui Heim
Nama silam | Stadium Terbuka Makomanai (1971–2007) |
---|---|
Lokasi | Sapporo, Jepun |
Koordinat | 42°59′47″N 141°20′35″E / 42.99639°N 141.34306°EKoordinat: 42°59′47″N 141°20′35″E / 42.99639°N 141.34306°E |
Pentadbir | Persatuan Sukan Hokkaido |
Kapasiti | 17,324 |
Pembinaan | |
Pecah tanah | 1970 |
Dibuka | Februari 1971 |
Stadium Makomanai Sekisui Heim ialah sebuah stadium pelbagai guna di Sapporo, Jepun. Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972, stadium ini menganjurkan upacara pembukaan dan penutupan serta acara luncur laju.[1] Terletak di Taman Makomanai, stadium ini boleh memuatkan 17,324 penonton.
Kini, stadium tersebut mengadakan Pertandingan Kebangsaan Tahunan Musim Sejuk luncur laju pada setiap tahun, dan pertandingan papan salji Toyota Big Air sehingga 2011.
Pada musim panas, stadium ini boleh digunakan sebagai gelanggang tenis atau padang futsal.
Setakat 2021, kawah Olimpik masih berada pada alas tiang asal yang dibina pada 1972, yang terletak di arah tenggara stadium.
Pengangkutan
sunting- Laluan Namboku: 25 minit (berjalan kaki) dari Stesen Makomanai.
Rujukan
sunting- ^ 1972 Winter Olympics official report. pp. 253-5.
Pautan luar
sunting- Kategori berkenaan Stadium Makomanai Sekisui Heim di Wikimedia Commons
- Tapak web rasmi (dalam bahasa Jepun)