Sang Nila Utama

(Dilencongkan daripada Sri Tri Buana)

Sang Nila Utama (Jawi: سڠ نيلا اوتام; Devanagari: सङ् नील उत्तम) ialah seorang putera hindu dari keturunan diraja hindupura yang menubuhkan Kerajaan Temasek, entiti yang menjadi pendahulu kepada negara Singapura kini, pada tahun 1299.[2][3] Baginda ialah putera kepada pasangan Sri Nila Pahlawan (Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana) dan Wan Sendari (anak kepada Demang Lebar Daun pemerintah Palembang).

Sang Nila Utama
سڠ نيلا اوتام
Raja Temasek Pertama
Patung Sang Nila Utama didirikan
memperingati dwiabad penempatan
British di Singapura
tahun 2019.[1]
Pemerintahan1260-1347
GelaranSri Tri Buana
श्री त्रि भुवन
"Yang Dipertuan Tiga Dunia"
KeputeraanLewat abad ke-12
Tempat keputeraanPalembang, Sumatera Selatan
Mangkat1347
Tempat mangkatKerajaan Temasek
DimakamkanKeramat Iskandar Shah,
Fort Canning Hill (dipertelingkahkan)
PendahuluKerajaan ditubuhkan
PenggantiSeri Wikrama Wira
PasanganWan Seri Bini
AnakandaSeri Wikrama Wira
AyahandaSang Sapurba

Beliau mendapat gelaran Sri Tri Buana (Sanskrit: श्री त्रि भुवन, rumi: śrī tri bhuvana) semasa zamannya, ia diberikan barangkali sempena penguasaan baginda ke atas Jawa, Sumatera dan Temasek mahupun berikutan kepercayaan Hindu yang biasa pada zamannya merujuk kepada kedudukan baginda ke atas kayangan, bumi dunia manusia dan alam bawah tanah.[4]

Asal usul

sunting
 
Salasilah keturunan Parameswara ke atas.

Menurut Sejarah, Sri Nila Pahlawan dari keturunan Raja muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Sri Nila Utama dan Sri Krishna Pandita.

Pada masa itu, Palembang diperintah oleh seorang Raja bernama Demang Lebar Daun. Apabila mendengar khabar ada anak raja besar keturunan Iskandar Zulkarnain turun di Bukit Siguntang, baginda pun terus ke sana untuk bersemuka dan mengambil berkat kebesaran anak raja itu. Nila Pahlawan kemudiannya berkahwin dengan anak kepada Demang Lebar Daun dan Tuan Telanai bernama Wan Sendari. Baginda kemudiannya mengambil alih takhta Palembang dari Demang Lebar Daun selepas satu sumpah setia. Baginda memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Sapurba Paduka Sri Trimurti Tri Buana" (Sang Sapurba).

Sri Nila Pahlawan dikurniakan 5 orang anak iaitu Sang Maniaka, Sang Nila Utama, Puteri Chandra Dewi, Puteri Sri Dewi dan Puteri Mengindra Dewi.

Selepas serangan hebat tentera Majapahit pada kurun ke-13, baginda dan keluarga diraja yang lain berpindah ke Bintan dan baginda mangkat di sana. Baginda digantikan putera keduanya, Sang Nila Utama yang memakai gelaran "Sri Maharaja Sang Utama Parameswara, Batara Sri Tri Buana".

Penubuhan Kerajaan Temasek

sunting

Cerita ini diterangkan dalam Sejarah Melayu[5] seperti berikut: Ketika pergi memburu di pulau Bintan, Sang Nila Utama ternampak seekor rusa dan mengejarnya sehingga baginda sampai ke sebuah batu besar. Baginda membuat keputusan memanjat batu tersebut hingga ke puncaknya lalu ternampak sebuah pulau lain dengan pantai yang putih dan cantik. Baginda diberitahu oleh salah seorang menterinya bahawa pulau itu bernama Temasek.

Baginda membuat keputusan untuk melawat pulau tersebut namun dalam pelayaran ke sana kapal baginda dipukul ribut yang kuat dan dimasuki air. Untuk mengelakkan kapal itu dari karam, pengiring baginda membuang semua barangan berat ke dalam laut untuk meringankan kapal. Bagaimanapun, kapal itu masih dimasuki air dan karam sedikit demi sedikit. Atas nasihat nakhoda kapal, baginda membuang mahkota kerajaan yang berat ke dalam laut, serta merta ribut berhenti dan mereka selamat sampai ke Temasek.[5]

Baginda mendarat di muara sungai Singapura sekarang dan terus menuju ke hutan untuk memburu haiwan liar. Tiba-tiba baginda ternampak binatang pelik yang berbadan merah, berkepala hitam dan berdada putih; binatang itu kelihatan sangat cantik dan bergerak dengan pantas hilang ke dalam hutan. Baginda bertanyakan tentang binatang itu kepada Bendahara lalu diberitahu yang ia seekor singa. Bagaimanapun, kajian terbaru di Singapura menunjukkan singa tidak pernah hidup di situ, lalu kesimpulan dibuat bahawa haiwan yang mungkin dilihat Sang Nila Utama merupakan seekor harimau.[6][7] Baginda merasakan penampakan tersebut sebagai suatu petunjuk yang baik, maka baginda memutuskan untuk membina sebuah kota baru di Temasek dan menamakannya "Singapura" - singa bersempena nama binatang yang dijumpai baginda dan perkataan bahasa Sanskrit pura पुर bermaksud "kota" atau "bandar", lalu Singapura bermaksud kota singa atau bandar singa.

Sang Nila Utama terus memerintah Temasek selama 48 tahun dan mangkat pada tahun 1372 dan dimakamkan di Bukit Larangan (hari ini Fort Canning Hill).

Warisan

sunting

Sang Nila Utama telah berkahwin dengan puteri Demang Lebar Daun dari Palembang iaitu Raden Ratna Cendera Puri, yang juga merupakan ibu saudara Sang Nila Utama dari sebelah ibunya (adik-beradik Wan Sendari)[8]. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang putera bernama Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386).

Selepas kemangkatan baginda Sang Nila Utama, 3 lagi Raja memerintah Temasek bermula dari anakandanya iaitu Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), cucunya Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir cicitnya Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401).

Pada tahun 1401, cicit baginda iaitu Paduka Sri Maharaja Parameswara diusir dari Temasek selepas Majapahit berjaya menawan Temasek. Baginda kemudiannya melarikan diri ke utara dan menubuhkan kerajaan Melaka pada tahun 1402.

Sang Nila Utama ialah anak kepada Sri Nila Pahlawan (Sang Sapurba) yang diceritakan dalam Sejarah Melayu sebagai nenek moyang kepada Raja-raja Melayu. Dari keturunan baginda, wujud dinasti-dinasti kerajaan alam Melayu seperti Melaka, Johor dan Perak. Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (2014 - sekarang) ialah keturunan langsung dari Sultan Perak pertama, Sultan Muzaffar Shah I (1528 - 1549), iaitu salah seorang putera Sultan Mahmud Shah (1488–1528), Sultan Melaka terakhir.

Peninggalan

sunting

Beliau antara tokoh-tokoh setempat utama diperingati sempena keraian dwiabad Singapura moden tahun 2019 dengan terdirinya patung-patung arca rupa mereka di tepian Sungai Singapura selain Munshi Abdullah, Naraina Pillai dan Tan Tock Seng.[9]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Sang Nila Utama, pioneers join Stamford Raffles along Singapore River". Channel NewsAsia. 6 January 2019.
  2. ^ Singapore. Ministry of Culture, Singapore. Ministry of Communications and Information. Information Division (1973). Singapore facts and pictures. Singapore: Ministry of Culture. m/s. 9. ISSN 0217-7773.
  3. ^ Abshire, Jean (2011). The History of Singapore. The Greenwood Histories of the Modern Nations. ABC-CLIO. m/s. 19. ISBN 978-0-313-37743-3. Dicapai pada 2013-07-18. The Malay Annals do not include dates, but tracing the succession of Sang Nila Utama's descendants and dates surrounding events during their reigns suggests the establishment of the new settlement took place in 1299.
  4. ^ John N. Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300-1800. NUS Press. m/s. 148. ISBN 978-9971695743.
  5. ^ a b Leyden, Dr John; Raffles (1821). Malay Annals. m/s. 37–44. Unknown parameter |firt2= ignored (bantuan)
  6. ^ "Studying In Singapore". Search Singapore Pte Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-21. Dicapai pada 14 April 2006.
  7. ^ "Sang Nila Utama" (PDF). 24hr Art. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-08-19. Dicapai pada 14 April 2006.
  8. ^ http://hazis.wordpress.com/salasilah-sultan-pahang/
  9. ^ "4 arca baru hiasi tepian Sungai S'pura bagi memperingati tokoh-tokoh pembangunan negara". Berita Mediacorp. 1 April 2019. Dicapai pada 11 Ogos 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

sunting