Speedrun

proses menyelesaikan permainan video dengan cepat
(Dilencongkan daripada Speedrunning)

Speedrun atau speedrunning merupakan proses menyelesaikan atau menamatkan permainan video secara dalam talian atau luar talian dalam waktu yang pantas. Budaya ini diperkirakan mulai muncul seiring dengan perkembangan teknologi Internet dan permainan video Doom pada tahun 1993. Semenjak itu, banyak pemain-pemain (gamer) yang mulai menerokai aktiviti yang popular ini sehingga menjadikannya sebagai sebuah budaya tersendiri.[1][2]

Speedrun sebuah permainan video.

Speedrunner merujuk kepada orang yang menamatkan sesebuah permainan video dalam waktu singkat. Kebiasaanya, speedrunner memanfaatkan pepijat dan gangguan kerosakan permainan video dalam permainan untuk mencapai masa rekod yang mereka dikehendaki. Hampir kesemua orang dalam komuniti speedrun bersetuju bahawa menggunakan kesalahan permainan video atau pepijat tidak menipu kerana tidak memerlukan sebarang perisian tambahan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Speedrun: Selesaikan permainan dengan cepat tanpa bersuara". Kincir.com Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2018-03-06. Dicapai pada 2020-10-06.
  2. ^ "In Praise of Speedrunning". Slate (dalam bahasa Inggeris). 2018-07-12. Dicapai pada 2020-10-06.