Anjing air Sepanyol
Anjing air Sepanyol[a] ialah satu baka anjing yang digunakan di Sepanyol sebagai anjing gembala dan anjing pengawal serba guna. Ia juga digunakan kadang-kadang sebagai gundog dan mahir mengutip buruan dari air.
Nama lain | Perro turco Luffy[1] | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | SWD | ||||||||||||||||
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingPenampilan
suntingAnjing air Sepanyol ialah anjing bersaiz sederhana, atletik, dan teguh yang sedikit lebih panjang daripada ketinggiannya. Hampir-hampir separuh lahir dengan ekor kontot semula jadi. Anjing berekor panjang biasanya melalui pemotongan ekor di Amerika Syarikat tetapi ekor tidak terpotong bukan kecacatan dalam penunjukan pengakuran sekiranya anjing berkenaan dibiakbakakan di negara tanpa pemotongan ekor.
Kepalanya patut kuat dan terangkat dengan keanggunan. Tengkoraknya rata dan bahagian atasnya selari dengan bahagian atas muncung. Hidungnya, pinggir mata, dan tapak kaki adalah sewarna dengan bahagian paling gelap bagi lapis bulu atau lebih gelap. Matanya ekspresif dan terletak agak jauh antara satu sama lain. Kedua-dua biji mata patut berwarna hazel, perang berangan, atau perang gelap, bergantung pada warna lapis bulu. Telinganya terletak pada ketinggian sederhana pada tengkorak dan berbentuk segi tiga.
Bulu dan warna
suntingIa mempunyai lapis bulu keriting distingtif yang bertekstur wul dan mungkin membentuk pintalan apabila panjang. Lapis bulunya tidak patut dipangkas atau didandani untuk tujuan estetik. Sebaliknya, lapis bulunya patut kelihatan sepenuhnya semula jadi, seakan-akan tidak didandani langsung. Lapis bulunya sama sekali tidak patut dirapikan, tetapi dipendekkan sekurang-kurangnya sekali setahun. Anak anjing air Sepanyol sentiasa lahir dengan bulu keriting.
Anjing air Sepanyol dapat terlihat dengan pelbagai warna. Ia mungkin hitam padu, kuning air, perang, atau putih; dwiwarna bilamana warna kedua ialah putih; atau berwarna-warni. Anjing triwarna seketatnya dilarang oleh piawaian (sedunia) semasa untuk baka ini sama seperti gabungan warna hitam dan sawo matang atau perang dan sawo matang.
Saiz
suntingAnjing air Sepanyol ialah anjing bersaiz sederhana. Ukuran hampirannya ialah:
Perangai
suntingAnjing air Sepanyol adalah rajin, setia, penyayang, dan cerdas. Ia mempunyai naluri penggembalaan dan penjagaan semula jadi sangat kuat yang menyebabkannua menjadi penjaga "lantikan sendiri" bagi rumahnya. Anjing air Sepanyol bertahan atas kerja dan permainan. Kesukanan dan sifat pekerjaan sangat gigih menyebabkannya menjadi cemerlang dalam sebarang tugas. Ia dapat menjadi berhati-hati terhadap orang asing dan sosialisasi awal dan berterusan dengan pelbagai orang dan haiwan lain adalah penting untuk anjing sosial yang tersesuai dengan baik. Sosialisasi baik pada usia awal sangat membantunya dalam bersekedudukan dengan anak-anak kecil.[3]
Kesihatan
suntingJangka hayat baka ini dianggap kira-kira 14 tahun. Ujian kesihatan terkini telah mendedahkan isu berikut:
- Displasia pinggul[4]
- Atrofi retina progresif (prcd-PRA)
- Hipotiroidisme
- Hipoadrenokortisisme (yang juga dikenali sebagai penyakit Addison)
- Kekurangan pankreas eksokrin
- Alahan
- Katarak
- Hipotiroidisme kongenital dengan goiter (CHG)
- Distikia
- Mata ceri
- Distrofi neuroakson[5]
Sejarah
suntingPada asalnya terdapat tiga populasi berasingan bagi anjing air Sepanyol di Sepanyol dengan fenotip dan saiz agak berlainan. Salah satu populasi ini ditemukan di Sepanyol Utara, di Asturias dan di Cantabria; anjing ini biasanya lebih kecil dan berwarna lebih cerah dan menjadi baka baharu pada 22 Mac 2011, iaitu anjing air Cantabria. Kumpulan lagi satu dapat ditemukan di rawa di Andalusia barat; jenis anjing ini mempunyai lapis bulu yang terdiri daripada tali pintal panjang dan nipis. Akhirnya, kumpulan terbesar berasal dari siera Andalusia selatan; jenis anjing ini ialah yang terbesar dan terkuat kerana ia terutamanya digunakan untuk penggembalaan.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ اءير سڤاڽول ; Sepanyol: perro de agua español ; bahasa Inggeris: Spanish water dog
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Anjing air Sepanyol. |
- ^ "Breed Information" [Maklumat Baka]. Spanish Water Dog Club, Inc. (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Januari 2024.[pautan mati kekal]
- ^ "Spanish Water Dog - Dog Breed Information" [Anjing Air Sepanyol - Maklumat Baka Anjing]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Januari 2024.
- ^ "Breed Information" [Maklumat Baka]. Spanish Water Dog Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2018. Dicapai pada 10 Mac 2024.
- ^ "Spanish Water Dog Club, Inc.: Health" [Spanish Water Dog Club, Inc.: Kesihatan] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2018. Dicapai pada 10 Mac 2024.
- ^ Hahn, Kerstin; Rohdin, Cecilia; Jagannathan, Vidhya; Wohlsein, Peter; Baumgärtner, Wolfgang; Seehusen, Frauke; Spitzbarth, Ingo; Grandon, Rodrigo; Drögemüller, Cord; Jäderlund, Karin Hultin (10 November 2015). Seaman, Matthew (penyunting). "TECPR2 Associated Neuroaxonal Dystrophy in Spanish Water Dogs" [Distrofi Neuroakson Berkaitan dengan TECPR2 pada Anjing Air Sepanyol]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 10 (11): e0141824. Bibcode:2015PLoSO..1041824H. doi:10.1371/journal.pone.0141824. ISSN 1932-6203. PMC 4640708. PMID 26555167. S2CID 560211.