Spaniel air Tweed

(Dilencongkan daripada Spaniel Tweed)

Spaniel air Tweed (bahasa Inggeris: Tweed water spaniel) atau hanya spaniel Tweed (bahasa Inggeris: Tweed spaniel) ialah satu baka anjing pupus sejak abad ke-19. Ia paling dikenali kerana terlibat dalam pengembangan awal baka anjing pengutip berbulu keriting dan anjing pengutip keemasan moden. Ia digambarkan sebagai anjing begap pada umunya perang dari sekitar Berwick-upon-Tweed dekat dengan Sungai Tweed dan hampir dengan sempadan Scotland. Sejenis anjing air, baka ini tidak sangat diketahui di luar kawasan setempat. Baka ini mungkin telah dicipta dengan penyilangan anjing air tempatan dengan anjing air St. John's yang diimport, satu lagi baka yang kini juga pupus.

Spaniel air Tweed
"Spaniel air"
(imej paling diterima secara meluas spaniel air Tweed)
Nama lainSpaniel Tweed
Spaniel Ladykirk[1]
Negara asalEngland
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Rujukan

sunting
Tertentu
  1. ^ Horter, Ria. "Vanished Dog Breeds (Part 1)" (PDF). Dicapai pada 11 September 2010.
Umum