Souq al-Madinah
Souq Madinah (Arab: سوق المدينة Souq al-madinah, harfiah, "Pasar kota") ialah sebuah pasar berbumbung yang terletak di tengah-tengah kota Aleppo di Syria, di dalam kawsan lama kota yang berdinding. Dengan lorong-lorongnya yang panjang lagi sempit, Pasar Madinah ialah pasar bersejarah yang bertutup yang terbesar di dunia, dengan panjang berukuran 13 kilometer.[1] Ia sebuah pusat perdagangan penting bagi pengimportan barangan mewah, seperti sutera mentah dari Iran, rempah dan pewarna dari India dan banyak produk-produk lain. Pasar Madinah juga menawarkan produk-produk tempatan seperti bulu kambing, hasil-hasil pertanian dan sabun. Kebanyakan pasar berasal dari abad ke-14 M dan dinamakan sempena profesion dan ketukangan, justeru pasar bulu kambing, pasar kuprum, dan sebaginya. Selain daripada perdagangan, pasar ini juga menyediakan ruang buat para pedagang dan barangan mereka di dalam khan atau caravanserai (sejenis asrama atau rumah penginapan di mana kafilah tinggal) yang bertaburan di dalam pasar itu sendiri. Pasar-pasar kecil disebut kisaria (Arab: قيساريات . Kisaria lebih kecil daripada khan dan berfungsi sebagai bengkel pertukangan. Kebanyakan khan diberi nama sempena fungsi dan tempat letak di dalam pasar, dan bercirikan muka dan pintu yang meiliki pintu kayu yang diperkukuhkan.
Jalan utama di mana Pasar Madinah terletak di kedua-dua belah jalan. | |
Nama asal | Error {{native name}}: an IETF language tag as parameter {{{1}}} is required (help) |
---|---|
Lokasi | Aleppo, Syria |
Koordinat | 36°12′N 37°09′E / 36.200°N 37.150°E |
Pembinaan | |
Siap dibina | Abad ke-14 |
Pasar Madinah sebahagian daripada Kota Lama Aleppo, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1986.[2]
Banyak bahagian-bahagian pasar dan bangunan Zaman Pertengahan di dalam kota kuno itu musnah, terbakar ataupun rosak ekoran pertempuran antara pihak tentera kerajaan Syria dan Tentera Bebas Syria dalam konflik bersenjata yang masih berjalan di Syria[3].
Souq dan khan
suntingLokasi kota yang strategik menarik penduduk daripada segenap bangsa dan kepercayaan yang datang dengan tujuan mengambil kesempatan laluan-laluan dagang yang bertemu di Aleppo, laluan yang berasal dari China dan Mesopotamia di sebelah timur, Eropah di barat, dan Hilal Subur] dan Mesir di arah selatan.
Galeri
sunting- Souq al-Madinah
-
Souq al-Attareen
-
Souq al-Farrayin
-
Souq al-Hiraj
-
Souq al-'Atmah
-
Souq az-Zirb
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "eAleppo: The old Souqs of Aleppo (in Arabic)". Esyria.sy. Dicapai pada 2013-06-10.
- ^ "eAleppo:Aleppo city major plans throughout the history" (dalam bahasa Arabic).CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Death of monument to human history in Syria's war-torn Aleppo". Telegraph.co.uk. Dicapai pada 2013-06-10.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Souq al-Madinah |
- 3-D Old Aleppo map
- Aleppo news and services (eAleppo)
- Organization of World Heritage Cities
- Ernst Herzfeld Papers, Series 5: Drawings and Maps, Records of Aleppo Collections Search Center, S.I.R.I.S., Smithsonian Institution, Washington, D.C.
- Louis Werner, 4000 Years Behind the Counters in Aleppo, 2004, Saudi Aramco World
- Forbes, Andrew, and Henley, David, Aleppo's Great Bazaar (CPA Media)