Solferino
Bandar Solferino kini terletak di Lombardy, Itali, kira-kira 10 km di selatan Tasik Garda. Penduduknya 2600 orang. Tempat ini terkenal dengan Pertempuran Solferino pada 24 Jun 1859. Saksi matanya ialah Henry Dunant yang telah memberi ilham kepadanya untuk menubuhkan Persatuan Palang Merah Antarabangsa.