Solat Sunat Syukur
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Sujud syukur dari segi syarak ialah suatu sujud (sujud terima kasih) yang dilakukan oleh seseorang ketika mendapat nikmat atau terhindar dari bencana.
Abdurrahman bin 'Auf menceritakan bahawa suatu ketika beliau melihat Nabi SAW mengadap kiblat iaitu bersujud dengan sujud yang panjang sehingga kata Abdurrahman bin 'Auf : "Aku menyangka bahawa Allah telah mencabut nyawa baginda ketika itu. Lalu aku mendekati baginda dan duduk disisi baginda. Maka baginda mengangkat kepalanya dan berkata: Siapa ini? Abdurrahman, jawabku.. Baginda bertanya lagi: Apa kamu buat di sini? Aku menjawab: Wahai utusan Allah tuan telah bersujud dengan suatu sujud yang mengkhuatirkan aku kalau-kalau Allah telah mencabut nyawa tuan di dalam sujud tersebut, maka baginda berkata: Sesungguhnya Jibril 'alaihissalam tadi datang kepadaku dan menggembirakan aku, katanya......
Syarat sujud syukur
suntingMenurut mazhab Syafi'e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.
Sujud Syukur bererti sujud kerana mengucapkan syukur pada Allah serta berterima kasih kepadaNya kerana diberikan kemenangan, kejayaan dan menerima sesuatu perkara yang mengembirakan seperti selamat dari bencana dan mara bahaya, maka ekoran itu patutlah bagi Muslim itu sujud sekali sahaja sebagai menandakan kesyukurannya itu kepada Allah Taala.
Hadis berkaitan Sujud Syukur yang bermaksud:
- "Daripada Abi Bakrah R.A. Bahawasanya Nabi ﷺ adalah apabila mendatangi akan dia oleh sesuatu yang menyukakannya lantas ia turun sujud (sujud syukur) kerana Allah".
Kifayat sujud syukur
suntingCara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:
1) Mengadap kiblat
2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud. (untuk salam boleh dilakukan sekali)
Hukum sujud syukur di dalam solat
suntingMenurut mazhab Syafi'e dan Hanbali bahawa sujud syukur tidak dibenarkan dilakukan di dalam solat kerana ianya termasuk dalam katogeri sujud di luar solat. Apabila dikerjakan maka solatnya dianggap batal kecuali dalam keadaan jahil atau lupa.
Hukum sujud syukur pada waktu yang dilarang mengerjakan solat
suntingMakruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.
Rukun sujud syukur
sunting1) Berniat untuk sujud syukur
2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
3) Satu kali sujud
4) Memberi salam sesudah sujud