Terier rubah licin

baka anjing dari England
(Dilencongkan daripada Smooth fox terrier)

Terier rubah licin atau fox terrier licin[a] ialah satu baka anjing, salah satu daripada banyak baka terier. Ia merupakan baka pertama dalam keluarga terier rubah (fox terrier) yang diberi pengiktirafan rasmi oleh The Kennel Club (sekitar tahun 1875; piawaian baka tahun 1876). Ia sangat terkenal, dan sungguhpun bukan baka sangat popular kini di luar lingkurang perburuan dan pertunjukan, ia sangat ketara kerana bilangan besar terier yang dipercayai diturunkan daripada baka ini.

Terier rubah licin
Terier rubah licin juara AKC
Nama lainFox terrier licin
Terier rubah
Fox terrier
Nama ringkasFoxie
SFT
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Asal usul

sunting

Perkembangan terier rubah licin sebagai baka sebahagian besarnya tidak didokumenkan, tetapi anjing ini telah dikenali sebagai baka tersendiri di England sejak sekurang-kurangnya abad ke-18; bukti berdokumen pertama tentang terier rubah licin berasal dari tahun 1790, apabila Kolonel Thornton melukis potret anjing beliau, Pitch.[perlu rujukan]

Pengiktirafan

sunting

Terier rubah licin memasuki gelanggang pertunjukan pada pertengahan abad ke-19 yang menjadikannya salah satu peserta terawal dalam acara sedemikian. American Kennel Club mengiktiraf terier rubah pada tahun 1885; seratus tahun kemudian, terier rubah licin diiktiraf sebagai baka tersendiri daripada terier rubah dawai.

 
Terier rubah licin sekitar 1915

Kebijaksanaan konvensional telah lama berpegang bahawa terier rubah licin dan terier rubah dawai merupakan variasi bagi baka sama; dalam beberapa tahun kebelakangan ini, walau bagaimanapun, semakin ramai pakar telah menyatakan pendapat bahawa kedua-dua baka ini tidak berkaitan sama sekali. Sementara terier rubah dawai barang kali diturunkan secara langsung daripada terier kasar hitam dan sawo matang dari Wales, terier rubah licin dianggap mengira terier licin hitam dan sawo matang sebagai leluhur primernya, dengan kesan beagle dan bulterier juga disertakan sekali.

Walau bagaimanapun, kedua-dua baka ini dianggap sebagai keragaman bagi satu baka dan kadang-kadang dibiakbakakan secara menyaling sehingga pertengahan tahun 1980-an apabila AKC mengubah kedua-duanya daripada keragaman kepada baka berasingan. Semua terier rubah licin moden dijejak kembali kepada terier rubah wayar berkali-kali, daripada Eng. Ch Watteau Chorister, melalui Eng. Ch. Lethal Weapon, Eng. Ch. Corrector of Notts dan Eng. Ch. Cromwell Ochre's Legacy kembali kepada Dusky D'Orsay. Bapa kepada Dusky D'Orsay, yang dibiakbakakan oleh En. Francis Redmond, ialah seekor terier rubah dawai, bernama Dusky Collar, dan ibunya ialah seekor terier rubah licin, bernama Eng. Ch. D'Orsay's Donna. Melalui Dusky D'Orsay, semua terier rubah licin dijejak kembali kepada beberapa ekor terier rubah dawai masyhur, termasuk Ch. Cackler Of Notts dan Meersbrook Bristles.

Profesion bersejarah terier rubah licin ialah pengejaran meluru ke arah rubah. Anjing yang meluru ke arah rubah menemani sekawan anjing pemburu rubah dan "meluru" ke arah rubah, untuk menghalau rubah itu keluar dari tempat persembunyian dan ke garis pejera bagi anjing lebih besar dan manusia berkuda. Terier rubah licin dengan lapis bulu putih kurang berkemungkinan untuk disalah anggap sebagai rubah dalam situasi pertempuran jarak dekat, dan oleh itu lebih dihargai.

Perangai

sunting

Terier rubah licin ialah anjing amat bertenaga, dan oleh itu tidak disyorkan untuk pemilik anjing kali pertama. Oleh sebab baka ini pada asalnya dibiakbakakan untuk mengejar haiwan kecil, ia juga mempunyai naluri pemangsa tinggi. Ia merupakan anjing sangat ramah dan tidak peduli tentang orang asing jika diperkenalkan dan didedahkan kepada orang sejak usia muda. Tanpa pendedahan awal sewajarnya, walau bagaimanapun, salakan kuat mungkin menyusul.

Kesihatan

sunting

Baka ini secara genetik agak sihat. Sesetengah masalah kesihatan yang diketahui merupakan kepekakan, tempurung lutut terkehel, dan beragam-ragam gangguan mata seperti kehelan kanta, distikiasis, dan katarak. Masalah rangka yang dapat berlaku termasuk penyakit Legge-Perthes dan kehelan bahu. Miastenia gravis dan epilepsi idiopati juga pernah dilaporkan, serta goiter.[1]

Ataksia ialah keadaan keturunan pada baka ini. Suatu mutasi pada gen KCNJ10, yang telah dikenal pasti pada terier Jack Russell dan terier Parson Russell sebagai punca bagi sejenis ataksia, juga telah dikenal pasti pada baka ini.[2]

Terier rubah berbulu licin terkenal

sunting
  • Nipper, maskot HMV dan RCA; sesetengah iklan memaparkannya yang digambarkan sebagai terier rubah licin, namun yang lain pula mempertikaikan ini dan menentukan bahawa anjing ini ialah baka kacuk terier Jack Russell.[3]
  • Snitter, protagonis daripada novel The Plague Dogs, yang dikarang oleh Richard Adams
  • Titina, yang mengembara dengan Umberto Nobile di atas kapal udara Norge dan Italia
  • Skip, daripada buku My Dog Skip oleh Willie Morris (yang dilakonkan oleh seekor terier Jack Russell dalam filem senama)
  • Dash, tujuh ekor anjing berturut-tutur (antaranya, enam ekor terier rubah licin) milik Sir Aurel Stein, yang menemani beliau dalam ekspedisi arkeologi ke Xinjiang, ke Iran, dan ke negara-negara lain pada awal abad ke-20[4]
  • Igloo, haiwan peliharaan milik penjelajah Richard E. Byrd; kerap menemani Byrd dalam perjalanan ke Antartika
  • Angus dan India merupakan terier rubah licin milik pereka fesyen dan pengarah filem Tom Ford; kedua-duanya muncul dalam filem beliau A Single Man dan telah berada di landasan pertunjukan fesyen beliau. John ialah seekor lagi terier rubah licin yang dimiliki oleh Ford; John dan Ford muncul di muka hadapan majalah i-D pada tahun 2001.
  • Kvik dalam siri televisyen Denmark Matador

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: تيريئر روبه ليچين; فوک‌س تيريئر ليچين; bahasa Inggeris: smooth fox terrier

Rujukan

sunting
  1. ^ Clark, Ross D.; Stainer, Joan R., penyunting (1994). Medical & Genetic Aspects of Purebred Dogs [Aspek-aspek Perubatan dan Genetik Anjing Baka Tulen] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Fairway, Kansas, Amerika Syarikat: Forum Publications. ISBN 9780964160903. OCLC 874877295.
  2. ^ Rohdin, Cecilia; Gilliam, Douglas; O'Leary, Caroline Ann; O'Brien, Dennis P.; Coates, Joan R.; Johnson, Gary S.; Jäderlund, Karin Hultin (23 Mei 2015). "A KCNJ10 mutation previously identified in the Russell group of terriers also occurs in Smooth-Haired Fox Terriers with hereditary ataxia and in related breeds" [Mutasi KCNJ10 yang sebelum ini dikenal pasti dalam kalangan terier Russell juga berlaku pada terier rubah berbulu licin dengan ataksia keturunan dan pada baka berkaitan]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 57 (1): 26. doi:10.1186/s13028-015-0115-1. ISSN 1751-0147. PMC 4445810. PMID 25998802. S2CID 262931225 Check |s2cid= value (bantuan).
  3. ^ Angell, Roger (30 November 2011). "The Wrong Dog" [Anjing Salah]. The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
  4. ^ "Dash, the Dogs". idp.bl.uk (dalam bahasa Inggeris).