Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar

(Dilencongkan daripada Smktat)

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar atau nama ringkasnya SMK Telok Air Tawar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Telok Ayer Tawar. Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar Butterworth (SMKTAT Butterworth) terletak di kawasan Telok Ayer Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Ia terletak di tepi jalan raya menuju ke utara (dari Butterworth ke Alor Setar), kira-kira 10 km dari bandar Butterworth. Sekolah ini juga berdekatan dengan Pantai Robina yang cantik itu.

Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar
Lokasi
 Malaysia Telok Ayer Tawar, 13050, Butterworth,, Mutiara Timur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1988
Nombor sekolah6043512320
Kod sekolahPEA2057
PengetuaTn. Hj Suhaimi Bin Saidin
Faks6043511596
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar memiliki 686 pelajar lelaki dan 683 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1369 orang. Sekolah ini mempunyai seramai 101 orang guru.2009

Alamat

sunting
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar
Telok Ayer Tawar
13050, Butterworth
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6043512320
Fax = 6043511596

Sejarah Smk Telok Air Tawar

sunting

Sekolah ini telah siap dibina pada tahun 1988. Di antara tokoh tempatan yang memainkan peranan penting ke arah pembinaan sekolah ini ialah Y.B. Datuk Hj. Mohd. Sharif Bin Haji Omar, Tuan Hj. Abdul Roni Bin A. Hassan (bekas ADUN Telok Air Tawar) dan Cikgu Abd. Rahman Bahaudin (bekas Ketua Umno Cawangan Telok Air Tawar). Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar (SMKTAT) mula dibuka pada 1 Januari 1988. Berikut ini adalah senarai nama Pengetua sekolah ini semenjak ia dibuka:

  • En. Abd. Hamid Nyak Hussein (16.12.1987 - 19.3.1991)
  • En. Mohd. Hussin (1.1.1991 - 31.1.1996)
  • Pn. Hjh. Fauziah (16.2.1996 - 28.2.1997)
  • Pn. Hjh. Rohani (16.3.1997 - 15.1.1998)
  • Pn. Hjh. Ramlah (16.2.1998 - 30.9.1998)
  • Tuan Haji Abdul Wahab (1998 - 2002)
  • Pn. Hjh Jaamah (2002 - 2007)
  • En. Abdul Rashid (2007 - 2008)
  • En. Ghazali (2008 - 2009)
  • En. Abdul Jalil (2009 - 2011)
  • Pn. Hjh. Robiyah (2011 - 2018)
  • Pn. Hjh. Jusniar (2018 - 2022)
  • Pn. Asiah Bt Mat (2022 - 2023)
  • Tn. Hj Suhaimi Bin Saidin (2023 - sekarang)

Kumpulan pertama guru-guru yang bertugas di sekolah ini ialah: En. Cheng Ah Khoo, Pn. Che Chee bt. Shaik, Pn. Lau Geok Heoh, Pn. Hjh. Salbiah bt. Ahmad, Pn. Salbiana bt. Hashim, Ustaz Mustaffa bin Zainol Abidin, Pn. Zunianah Bt. Deris dan En. Vincent Daniel. Dua orang staf sokongan yang mula-mula berkhidmat di sekolah ini ialah Pn. Ruziah bt. Md Aris dan Pn. Faridah Bt. Saad. Yang Dipertua PIBG pertama bagi sekolah ini ialah Tuan Hj. Mahmud bin Hj. Arshad.Tuan Hj. Ahmat bin Omar.

Selain daripada kemudahan fizikal lain, sekolah ini juga mempunyai sebuah surau yang berharga kira-kira RM100,000, gelanggang permainan (berharga kira-kira RM12,000) dan rumah pasukan beruniform yang berharga kira-kira RM30,000. Semua kemudahan ini telah siap dibina pada tahun 1994, semasa di bawah pentadbiran Pengetua En. Mohd. Hussin bin Mohd. Shariff.

Dari segi kokurikulum, sekolah ini sering menjadi johan dalam pertandingan-pertandingan yang melibatkan persatuan, kelab, permainan dan sukan sama ada yang diadakan di peringkat zon/daerah dan negeri. Malahan dalam bidang permainan ada pelajar sekolah ini yang telah mewakili negara dalam Sukan Negara-negara Asean yang diadakan di Jakarta beberapa tahun lalu.


Disunting oleh guru SMK TELOK AIR TAWAR (2023)

Misi dan visi Sekolah

sunting
Misi

Kami warga SMK TELOK AIR TAWAR (SMKTAT) akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang; Sahsiah, kurikulum, kokurikulum melalui penglibatan semua pihak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Visi

SMKTAT cemerlang 2010

Falsafah warga sekolah

sunting
  • Sepasukan
  • Muhibah
  • Komited
  • Telus dan tulus
  • Amanah
  • Terbilang

Falsafah sekolah

sunting
  • Patuh kepada ajaran agama
  • Saling hormat menghormati
  • Bekerja dengan penuh berdedikasi
  • Sayang dan bangga terhadap sekolah

Pautan luar

sunting