Anjing Smithfield

(Dilencongkan daripada Smithfield (anjing))

Anjing Smithfield (bahasa Inggeris: Smithfield dog), collie Smithfield (bahasa Inggeris: Smithfield collie), atau anjing gembala Smithfield (bahasa Inggeris: Smithfield sheepdog) ialah sejenis anjing gembala. Ia merupakan anjing besar dan kuat daripada jenis collie. Anjing Smithfield boleh berwarna hitam, kelabu, atau merah dengan kolar putih, atau sepenuhnya putih[1] dan ia selalu memiliki telinga terkelepai dan bulu berumbai pada badan, muka dan kaki. Dua keragaman wujud, dengan satu mempunyai ekor kontot semula jadi dan yang kedua mempunyai ekor panjang.[2] Ia dahulu digunakan untuk penggiringan lembu di tenggara England, terutamanya Pasar Smithfield di London,[3] dan sungguhpun baka anjing ini dipercayai pupus dan tidak dipernah diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama sebelum kepupusannya, anjing daripada jenis serupa ditunjukkan di bawah nama sama di Tasmania, Australia.

Anjing Smithfield
Nama lainCollie Smithfield
Anjing gembala Smithfield
Trait
Warna Hitam, kelabu, atau merah dengan kolar putih atau sepenuhnya putih
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Rujukan

sunting
  1. ^ "Dog Diaries: The Smithfield, Breed of the Month" Diarkibkan 2011-03-18 di Wayback Machine[sumber tidak boleh dipercayai?]
  2. ^ "The Smithfield Sheepdog Site, An Overview of the Smithfield" Diarkibkan 2011-03-18 di Wayback Machine[sumber tidak boleh dipercayai?]
  3. ^ "Iris Combe & Pat Hutchinson, The ancestral relationships of contemporary British herding breeds, 2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-14. Dicapai pada 2014-05-12.

Lihat juga

sunting