Penyepaduan skala kecil
Penyepaduan skala kecil atau small-scale integration (SSI) ialah bentuk litar bersepadu yang pertama, dan memiliki cuma beberapa puluh transistor. SSI juga mempunyai komponen-komponen lain seperti diod, pemuat dan perintang.
SSI ini amat penting dalam projek-projek angkasa lepas yang pertama. Kedua-dua peluru berpandu Minuteman dan program Apollo memerlukan komputer digital untuk berfungsi dengan cekap. Disebabkan teknologi ini, pihak tentera Amerika berupaya membina peluru berpandu jenis Minuteman secara berlambak (mass-production).
Disebabkan terlaksananya projek-projek sedemikian, hasil jualan litar-litar ini telah naik dengan mendadak disebabkan projek-projek ini yang memerlukan terlalu banyak transistor jenis ini.
Disebabkan oleh faktor ini juga, transistor-transistor tersebut yang pada lazimnya dijual pada harga $1000/litar (dalam dolar 1960) dijual pada harga $25/litar (dalam dolar 1963) kepada orang ramai. Ini membolehkan litar SSI mula digunakan dalam barangan pengguna.