Skrin sentuh
Skrin sesentuh (atau skrin sentuh) ialah sejenis peranti masukan dan keluaran yang membolehkan seseorang pengguna untuk memberi input kepada sistem dengan menyentuh skrin bagi sistem terbabit melalui gerak isyarat atau gestur tertentu menyentuh skrin sama ada dengan suatu stilus khas atau menggunakan satu jari atau lebih.[1] Peranti ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan apa yang sedang dipaparkan dalam skrin alat dengan lebih mudha berbanding dengan seseorang itu menggunakan tetikus, pad sentuh dan sebagainya.
Skrin sentuh kerap dijumpai dalam peralatan seperti konsol permainan video, komputer peribadi, mesin pengundian elektronik dan sistem tempat jualan (point-of-sale). I dapat dipasangkan pada komputer, atau dalam sesebuah rangkaian dengan funsi lainnya sebagai sejenis terminal. Ia turut memainkan peranna penting dalam perekaan peralatan digital seperti pembantu digital peribadi dan sesetengah model pembaca elektronik.
Terdapat beberapa jenis teknologi skrin sentuh, antaranya ialah skrin sentuh rintangan, kapasitif dan gelombang akustik permukaan (atau surface acoustic wave, SAW).
Perkembangan
suntingKebanyakan paten skrin sesentuh dibuat sepanjang 1970-an hingga 1980-an dan kini telah lupus. Pengilangan komponen skrin sesentuh dan rekaan produk tidak lagi dibatasi oleh royalti atau hukum yang berkaitan dengan mana-mana paten lantas penggunaan paparan berskrin sesentuh kini sudah meluas.
Rujukan
sunting- ^ Walker, Geoff (August 2012). "A review of technologies for sensing contact location on the surface of a display". Journal of the Society for Information Display. 20 (8): 413–440. doi:10.1002/jsid.100.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.