Anjing ladang Denmark-Sweden

baka anjing dari Denmark dan Sweden
(Dilencongkan daripada Skansk Terrier)

Anjing ladang Denmark-Sweden[a] ialah satu baka anjing yang berasal usul dari Denmark dan Sweden selatan, tetapi telah menjadi popular di seluruh Skandinavia. Ia merupakan baka asli yang dahulunya tinggal di ladang-ladang di bahagian timur Denmark dan bahagian paling selatan Sweden (iaitu di kedua-dua belah Øresund, selat sempit yang memisahkan pulau Sjælland milik Denmark dari hujung selatan Semenanjung Skandinavia), berkhidmat sebagai anjing penjaga, penangkap tikus, dan anjing pemburu.[1] Perangai lemah lembut baka ini juga menjadikannya anjing pendamping cemerlang. Ada sesetengah petanda bahawa baka ini berasal daripada baka-baka pincer dan terier pemburu putih British.

Anjing ladang Denmark-Sweden
Anjing ladang Denmark-Sweden
Nama lainTerier Skåne
Negara asalDenmark
Sweden
Trait
Tinggi Jantan 32–39 cm (13–15 in)
Betina 30–37 cm (12–15 in)
Bulu pendek dan licin
Warna kebanyakannya putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing ladang Denmark-Sweden menjadi baka beriktiraf di Denmark dan di Sweden pada tahun 1987.[1] Pada masa itu, kedua-dua negara berkumpul dan bersetuju mengenai nama baka dan juga mengenai piawaian baka yang ditulis oleh hakim dan pembiak baka Lars Adeheimer, Sweden, dan hakim Ole Staunskjaer, Denmark. Anjing ini digunakan sebagai anjing ladang selama beratus-ratus tahun dan sebelum menjadi baka beriktiraf ia dikenali dengan nama tempatan "skrabba", "skåneterrier" ("terier Skåne"), "råttehund" ("anjing tikus").

Penampilan

sunting

Piawaian FCI[2] menyatakan bahawa anjing ladang Denmark-Sweden patut setinggi 30–39 cm (12–15 in) dengan tubuh padat. Hubungan antara ketinggian kelasa dengan panjang tubuh sepatutnya 9 dengan 10. Kepalanya agak kecil dan berbentuk segi tiga dengan stop jelas tertampil. Lapis bulunya keras, pendek, dan bertekstur licin, dengan putih sebagai warna dominan, dengan satu atau beberapa tompok dengan gabungan warna berbeza. Ekornya mungkin panjang, separuh kontot, atau kontot.[2]

Perangai

sunting

Anjing ladang Denmark-Sweden ialah baka yang sangat ramah dan amat mesra. Ia bukan sahaja melakukan kerja di ladang sebagai pembasmi tikus dan anjing penjaga, tetapi ia juga pendamping kepada orang dewasa, dan terkenal berkawan dan bermain dengan anak-anak di dalam rumah tangga.

Anjing ladang Denmark-Sweden tidak seperti terier - walaupun kerap disalah anggap sebagai terier - ia sangat lembut dan berperangai lemah lembut. Berbeza dengan sifat mudah setap terier, sifat lebih lembut anjing ladang Denmark-Sweden membolehkannya melakukan kerjanya, serta bertenang dan menjadi penyayang apabila tidak sibuk. Ini menjadikannya anjing rumah unggul.

Anjing ladang Denmark-Sweden bukan anjing bertenaga tinggi, tetapi suka mempunyai pekerjaan. Baka ini baharu di Amerika Syarikat dan kini hanya dapat mula dilihat dalam sukan seperti flyball dan ketangkasan anjing. Anjing ladang Denmark-Sweden juga terkenal kerana kemahiran pemburuan tikus cemerlang dan mampu menjalani sukan seperti pergi ke tanah dan ujian anjing tanah. Ia juga sangat pantas dan cepat dan menyukai semua jenis lure coursing.

Pada tahun 2010, kelab baka, Denmark-Swedish Farmdogs USA, membuat permohonan kepada AKC-FSS untuk pengiktirafan baka ini. Pada Januari 2011, American Kennel Club (AKC) menambahkan baka ini ke dalam Khidmat Ternakan Asasi-nya.[3] Anjing ladang Denmark-Sweden kini layak untuk bertanding dalam pelbagai acara pendamping AKC seperti kepatuhan, ketangkasan, rally, dan banyak lagi. Pada November 2011, AKC mengumumkan bahawa pada Julai 2012, baka-baka FSS akan layak untuk pertunjukan Pengakuran Terbuka.

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ لادڠ دينمرک-سوءيدن; Denmark: dansk-svensk gårdhund; Svensk: dansk-svensk gårdshund; bahasa Inggeris: Danish-Swedish farmdog

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Dohner, Janet Vorwald (4 Oktober 2016). Farm Dogs: A Comprehensive Breed Guide: 93 Guardians, Herders, Terriers, and Other Canine Working Partners [Anjing Ladang: Panduan Baka Komprehensif: 93 Anjing Pengawal, Anjing Gembala, Terier, dan Pasangan Anjing Pekerja Lain] (dalam bahasa Inggeris). North Adams, Massachusetts, Amerika Syarikat: Storey Publishing. m/s. 288. ISBN 9781612125930. OCLC 952855477.
  2. ^ a b "FCI-Standard N° 356 DANSK-SVENSK GÅRDSHUND (Danish-Swedish Farmdog)" [Piawaian FCI No. 356 Anjing Ladang Denmark-Sweden] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Sporre-Willes, Renée. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Mei 2019. Dicapai pada 19 Januari 2024.
  3. ^ "Danish-Swedish Farmdog" [Anjing Ladang Denmark-Sweden]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 19 Januari 2024.

Pautan luar

sunting