Siti Fatimah Yahaya
Puan Siti Fatimah Yahaya ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara Malaysia[1] dari UMNO, sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Lipis, Pahang.[2]
Puan Siti Fatimah Yahaya Ahli Dewan Negara | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dipilih Dewan Negeri Pahang | |
Dalam jawatan 10 Ogos 2018 – 9 Ogos 2021 | |
Digantikan oleh | Juhanis Abd Aziz |
Ketua Wanita UMNO Bahagian Lipis | |
Dalam jawatan 2004–2023 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Siti Fatimah binti Yahaya 1955 (69 tahun) Lipis, Pahang |
Parti politik | UMNO |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dewan Negara
suntingBeliau pernah bertanya kepada Menteri Pengangkutan samaada projek Laluan Rel Pantai Timur akan dibina mengikut jajaran asal bagi mencapai objektif asal pembinaannya. Menteri Pengangkutan telah memberikan jawapan bukan lisan yang menyatakan bahawa Kerajaan mengambil kira beberapa faktor seperti viability of project, kesalinghubungan rel dan juga implikasi kewangan sebelum kelulusan diberikan bagi jajaran ini.[3]