Sistem pemeringkatan filem

Sistem pemeringkatan filem ialah sistem untuk mengelaskan filem bagi menentukan kesesuaiannya kepada penonton daripada segi isu-isu seperti seks, keganasan, penyalahgunaan bahan, kelakuan yang tidak senonoh, kata-kata cabul, kebiadaban, serta jenis-jenis kandungan orang dewasa. pemeringkatan yang dikeluarkan dikenali sebagai pensijilan. Ini bertujuan untuk membantu para ibu bapa memutuskan adakah sesuatu filem sesuai ditonton oleh anak-anak mereka. Bagaimanapun, keberkesanan sistem-sistem tersebut telah dipertikaikan secara meluas. Di sesetengah kawasan, sesuatu pemeringkatan boleh mempertanggungjawabkan pawagam kewajipan di sisi undang-undang untuk menghalang kanak-kanak atau mereka di bawah umur daripada memasuki pawagam. Bagaimanapun, jika pawagam itu tidak diwajibkan oleh undang-undang, mereka masih boleh berbuat sedemikian. pemeringkatan filem seringnya disediakan untuk mengelakkan penapisan.

Sistem pemeringkatan filem Australia

Terdapat banyak perdebatan tentang kebergunaan, keketatan, dan penguatkuasaan sistem-sistem pemeringkatan filem. Aliran-aliran fikiran yang bertentangan berdasarkan asas norma kesusilaan yang bercanggah. Mereka yang lebih suka sistem yang ketat seringnya menimbulkan "nilai keluarga" yang diilhami oleh tatakelakuan atau kepercayaan agama. Salah satu contoh yang jelas dalam kebanyakan sistem pemeringkatan ialah penapisan seks. Ini berdasarkan hawa nafsu yang terangkum dalam senarai "Tujuh Dosa Berat" (lihat senarai Tujuh Dosa Berat dalam agama Kristian yang diterbitkan oleh University of Wisconsin–Eau Claire (UWEC).[1] Terdapat juga perbincangan ringkas mengenai setiap dosa dan mengapa ia dianggap sedemikian.) Satu contoh lagi yang digunakan dalam laman UWEC ialah kemarahan. Oleh sebab kanak-kanak umumnya difahami akan mencontoh dan seringnya belajar dengan mudah perbuatan-perbuatan orang lain serta dunia di sekeliling mereka, banyak orang berasa risau bahawa anak-anak mereka akan belajar perbuatan-perbuatan tak bermoral yang digambarkan dalam filem.

Satu aliran fikiran lagi yang umum tidak banyak atau langsung tidak berkait dengan konotasi agama. Dalam konteks tujuan persatuan pemeringkatan, ia masih berasaskan nilai keluarga. Ideologi ini menggabungkan gagasan-gagasan kebebasan dan kebenaran yang melibatkan kepercayaan seperti kebebasan bersuara dan kebenaran untuk kanak-kanak melihat "dunia yang sebenar" serta menghubungkan hawa nafsu dan perasaan kemarahan mereka yang semula jadi yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari. Ini boleh dikaitkan dengan teori id, ego, dan superego Sigmund Freud. "Id" ditakrifkan sebagai "naluri dan tenaga primitif yang mendasari semua kegiatan psikik".[2] Ego ditakrifkan pula sebagai "fikiran sedar". Menurut Purdue University, super-ego ialah "daya untuk mengawasi apa yang dianggap sebagai keinginan yang tidak dapat diterima".[3] Kepada mereka yang mempercayai bahawa sistem pemeringkatan filem tidak adil dan adalah salah, ia merupakan salah satu penggunaan kuasa yang amat berketerlaluan, dan terlalu menindas id, walaupun ego seringnya berseimbangan secara semula jadi. Banyak orang juga mengatakan bahawa pemeringkatan sebenar menambah sumbaleweng dan keganasan seks kanak-kanak.

Sistem pemeringkatan filem berbeza-beza, berdasarkan kepercayaan kebudayaan setiap negara. Di negara seperti Australia, sebuah badan pemerintahan memutuskan pemeringkatan manakala di negara-negara yang lain, seperti Amerika Syarikat, pemeringkatan dilakukan oleh jawatankuasa industri tanpa sebarang status pemerintahan yang rasmi. Bagaimanapun, dalam kebanyakan negara, filem-filem yang dianggap sebagai menjelikkan daripada segi moral, telah ditapis, disekat, atau diharamkan. Walau jika filem itu tidak disekat atau diharamkan secara eksplisit, biasanya terdapat undang-undang yang mengharamkan sesetengah filem atau melarang orang-orang yang di bawah umur menontonnya.

Pengaruh faktor-faktor dalam memutuskan pemeringkatan berbeza-beza dari sebuah negara ke sebuah negara. Misalnya, di negara-negara seperti Amerika Syarikat, filem-filem dengan banyak kandungan seks seringnya dihadkan kepada penonton dewasa, manakala di negara-negara seperti Perancis dan Jerman, kandungan seks diperlihatkan dengan lebih longgar. Sebaliknya, filem dengan kandungan keganasan seringnya disekat, malah ditapis, di negara-negara seperti Jerman dan Finland, tetapi diperlihat dengan lebih longgar di negara-negara seperti Amerika Syarikat.

Sebuah filem mungkin diterbitkan dengan sesuatu pemeringkatan dijangka. Ia mungkin disunting semula jika pemeringkatan yang diingini tidak dapat diperolehi, khususnya untuk mengelakkan pemeringkatan yang lebih tinggi daripada apa yang disasarkan. Filem itu juga boleh disunting semula bagi menghasilkan versi-versi alternatif untuk diedarkan di negara-negara yang lain.

Sistem pemeringkatan filem di Malaysia

sunting

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan Klasifikasi Filem 2023, berkuat kuasa hari ini, yang ditambah baik mengikut keperluan semasa industri perfileman dan penyiaran tempatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata klasifikasi filem yang diperkenalkan Lembaga Penapis Filem (LPF) sejak 2012 ditambah baik berteraskan tiga prinsip utama selepas mengambil kira pandangan positif penggiat industri kreatif.

Dalam hal ini, prinsip yang diberi keutamaan untuk penentuan klasifikasi filem adalah pertamanya, memelihara kebebasan penonton dewasa untuk memilih filem yang ingin ditonton.

"Kedua, melindungi kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun daripada terdedah dengan kandungan filem yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka serta boleh merosakkan pemikiran dan tingkah laku mereka.

"Ketiga, menggalakkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

KDN melalui LPF melaksanakan fungsi penapisan dan memberi klasifikasi filem berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620).

Saifuddin Nasution berkata, Klasifikasi Filem 2023 yang diwartakan melalui Peraturan-Peraturan Penapisan Filem (Pengelasan Filem) 2023 pada 9 Januari lalu, menetapkan lima pengelasan (klasifikasi) filem baharu.

Di bawah klasifikasi filem baharu, Klasifikasi U merujuk kepada penonton semua peringkat umur.

Klasifikasi P12 adalah kategori bagi penonton semua peringkat umur dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton yang berumur di bawah 12 tahun.

Klasifikasi 13 merujuk kepada penonton berumur 13 tahun ke atas; Klasifikasi 16 (penonton berusia 16 tahun ke atas) dan Klasifikasi 18 (penonton berumur 18 tahun ke atas).

Saifuddin Nasution berkata, Klasifikasi Filem 2023 ini diharap memberi kesan positif dalam aspek penyeragaman dan peningkatan standard klasifikasi filem di Malaysia agar setanding dengan sistem klasifikasi atau penarafan filem yang dilaksanakan di luar negara.

"Selain itu, diharapkan Klasifikasi Filem 2023 dapat dijadikan panduan dan rujukan penerbit serta pengarah filem tempatan serta menyokong peluasan kreativiti dalam kalangan industri filem dan penyiaran.

"Namun, pada masa yang sama, tidak melanggar Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010," katanya.

  • U (Umum/Universal: "Khalayak Umum") - Untuk khalayak umum. (Digunakan oleh majoriti filem yang ditayangkan di Malaysia sehingga 2008 tetapi ia diteruskan hanya untuk televisyen, terutamanya untuk RTM.)
  • P12 (Penjaga 12 : "Bimbingan Ibu Bapa 12") - Bimbingan ibu bapa diperlukan untuk penonton di bawah umur 13 tahun. (Diperkenalkan pada tahun 2006, ini menjadi sistem penarafan filem rasmi Malaysia pada tahun 2008. Penarafan "PG-13" telah disemak kepada "P13" mulai April 2012 dan seterusnya untuk menekankan penggunaan bahasa Melayu dan bukannya bahasa Inggeris, Adegan ciuman yang penuh ghairah tidak dibenarkan di bawah penarafan P13, Tapi di 2023, P13 adalah Ditumpahkan kepada P12 dan 13)
  • 13 - Filem penonton berumur 13 tahun ke atas.
  • 16 - Filem penonton berumur 16 tahun ke atas.
  • 18 - Filem penonton berumur hanya Orang dewasa ini.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting