Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura


Sistem Transit Aliran Johor Bahru–Singapura (RTS)[6] ialah transit aliran ringan rentas sempadan yang dirancang untuk menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dengan Singapura, merentasi Selat Tebrau. Apabila siap dibina, sistem ini akan menjadi laluan kereta api penghubung kedua antara dua negara tersebut selepas perkhidmatan KTM Tebrau Shuttle. Sistem ini mengandungi dua stesen yang dilengkapi dengan fasiliti imigresen, kastam dan kuarantin (ICQ), iaitu stesen Bukit Chagar di Johor dan Woodlands North di Singapura.[7][8] Penyelenggaraan dan penyimpanan gerabak kereta api pula akan dibuat di Depoh Wadi Hana, Johor Bahru.[7][8]

Sistem Transit Aliran
Johor Bahru–Singapura
سيستم ترنسيت اليرن جوهر بهارو–سيڠاڤورا
Umum
Nama lainJohor Bahru–Singapore Rapid Transit System
JenisTransit aliran ringan rentas sempadan
StatusDalam pembinaan (80% siap)
Lokasi
TerminalMalaysia Bukit Chagar
Singapura Woodlands North
Stesen2
Perkhidmatan1
Operasi
Dirancang dibukaDisember 2026; 2 tahun lagi (2026-12)[1]
PemilikInfraCo[5]
PengendaliOpCo[2]
RTS Link (Prasarana SMRT JV)[3][4]
30 tahun tempoh konsesi
CiriBertingkat
DepotMalaysia Wadi Hana, Johor Bahru
Teknikal
Panjang landasan4 km (2.5 bt)
Bilangan landasan2
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
Kelajuan operasi80 km/j (50 mph)
Peta laluan

Sejarah

sunting

Permulaan dan Kajian

sunting

Idea sebuah sistem transit rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura telah wujud sejak pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long pada 24 Mei 2010. Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin negara berkenaan telah bersetuju untuk merealisasikan sistem transit yang menghubungkan Tanjung Puteri, Johor Bahru dan Singapura, dengan sebuah kompleks ICQ dibina di stesen bahagian Singapura serta dijangka siap pada tahun 2018.[9]

Bahagian pertama kajian kejuruteraan awal telah dilaksanakan oleh Aecom Technology Corp dari Mei 2012[10] hingga Mac 2014 melalui dua fasa.[11] Sasaran baharu tarikh projek ini dapat disiapkan adalah pada 2019, setahun lewat daripada cadangan asal.[10] Pada September 2014, kawasan Bukit Chagar dipilih sebagai lokasi stesen terminal di Malaysia bagi projek ini dan bakal dilengkapi juga dengan kemudahan ICQ. [12]

Proses pengesahan kawasan dan tender projek yang memakan masa lama telah menyebabkan tarikh siap yang disasarkan, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim, ditunda kepada tahun 2022.[13] Pada 17 November 2017, Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah memperkenan reka bentuk jajaran baharu yang berbentuk garis lurus sepanjang Selat Tebrau berbanding reka bentuk garis lengkung sebelum ini dan menurunkan ketinggian jambatan daripada 30 meter kepada 25 meter dari paras air laut.[14]

Pada 16 Januari 2018, perjanjian dua-hala antara Malaysia dan Singapura dimeterai yang menyaksikan permulaan penubuhan syarikat usaha sama antara SMRT dan Prasarana Malaysia bagi tempoh konsesi pertama selama 30 tahun. Perjanjian ini juga telah memutuskan bahawa sistem ini bakal menggunakan sistem transit aliran massa (MRT) dan akan siap sebelum akhir 2024.[15] Singapura juga telah mempersetujui jajaran baharu yang melintas Selat Tebrau dengan garisan lurus dan garisan melengkung di daratan Johor. [16]

Kontroversi dan Pembatalan

sunting

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 dan peralihan kepada kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan telah menyebabkan kelewatan dalam pelaksanaan projek ini. Pada 1 Jun 2018, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah berkata bahawa projek ini masih berjalan tetapi perlu disemak semula bagi mengurangkan kos disebabkan jumlah hutang negara yang membimbangkan.[17]

Pada 3 Mei 2019, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan untuk menuntut atau bersedia untuk membeli bagi satu daripada lima plot tanah di Bukit Chagar, Johor Bahru yang diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional) kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim.[18] Baginda kemudian berkenan untuk menyerahkan satu plot tanah tersebut kepada Kerajaan Persekutuan dengan syarat projek ini dilaksanakan dengan kadar segera.[19]

Kerumitan antara kerajaan pada masa itu dan Sultan Johor telah membawa kepada pertelingkahan dan tohmahan daripada pihak pembangkang. [19] Kelewatan kerajaan dalam mengemukakan konklusi juga telah menambah kerumitan tersebut.[20]

Projek diteruskan

sunting

Projek ini kemudiannya telah disambung semula secara rasminya pada 30 Julai 2020 hasil pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan memorandum persefahaman telah diserahkan oleh Menteri Pengangkutan dari Malaysia dan Singapura.[21]

Sumbangan

sunting

Projek RTS adalah satu projek yang dinanti oleh pelabur tempatan dan antarabangsa. Dengan penerusan projek RTS Link, harga hartanah di sekitarnya telah melonjak sekurang kurangnya 10%. Antara 2 projek perumahan yang berdekatan adalah Astaka Johor Bahru dan R&F Princess Cove[22].

Rujukan

sunting
  1. ^ "Pembinaan RTS Johor Bahru-Singapura berada di landasan yang betul untuk perasmian pada Disember 2026 dengan infrastruktur dua pertiga siap". Nisha Rahim (dalam bahasa Inggeris). Yahoo News. 11 Januari 2024. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  2. ^ "Prasarana, SMRT tandatangani MOU untuk membangunkan syarikat usaha sama" (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 25 September 2017.
  3. ^ Rahmi Yunus (26 September 2017). "Prasarana dan SMRT Corp tandatangani MoU untuk syarikat pengoperasian RTS" (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. Dicapai pada 23 Januari 2018.
  4. ^ "SMRT, Prasarana menandatangani MOU membentuk syarikat usaha sama bagi RTS Link JB-Singapura" (dalam bahasa Inggeris). Channel NewsAsia. 25 September 2017.
  5. ^ "LEMBARAN FAKTA BERSAMA OLEH PENGUASA PENGANGKUTAN DARAT (LTA) & SPAD - SOROTAN PERJANJIAN DUA HALA SAMBUNGAN SISTEM TRANSIT ALIRAN JOHOR-SINGAPURA" (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Pengangkutan Darat. 16 Januari 2018.
  6. ^ "S'pura, M'sia meterai perjanjian Sistem Transit Laju JB-S'pura". Berita Mediacorp. 16 Januari 2018. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  7. ^ a b "PROJEK RAPID TRANSIT SYSTEM LINK (RTS LINK) ANTARA JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA". MRT Corp. 2023.
  8. ^ a b "Sistem Transit Aliran Penghubung Johor Bahru – Singapore" (dalam bahasa Inggeris). Penguasa Pengangkutan Darat. Dicapai pada 2024-07-08.
  9. ^ "KENYATAAN BERSAMA OLEH PERDANA MENTERI LEE HSIEN LONG DAN PERDANA MENTERI DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK DI PERMUKIMAN PEMIMPIN SINGAPURA-MALAYSIA PADA 24 MEI 2010" (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Singapore Government. 24 Mei 2010. Dicapai pada 2024-07-08.
  10. ^ a b "Sistem Perhubungan Transit Aliran (RTS) Malaysia-Singapura antara Johor Bahru dan Woodlands" (dalam bahasa Inggeris). Iskandar Projects Information. 6 Februari 2013. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  11. ^ Kajian kejuruteraan awal berkenaan Sistem Transit Aliran ke Johor Bahru siap (dalam bahasa Inggeris). Channel News Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2014. Dicapai pada 24 Januari 2018.
  12. ^ "Negeri Johor sudah memilih Bukit Chagar yang berdekatan dengan pusat pemeriksaan Johor Bahru sebagai kawasan bagi terminal MRT Johor Bahru" (dalam bahasa Cina). Zaobao.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2014. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  13. ^ "Sistem Transit Aliran Johor-Singapura pada tahun 2022". Rachel Chew (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. 2 Mei 2017. Dicapai pada 22 Julai 2017.
  14. ^ "Sultan Johor perkenan reka bentuk Sistem Perhubungan Transit Aliran baharu". Rizalman Hammim (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 17 November 2017. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  15. ^ "Singapura, Malaysia memeterai perjanjian dua hala untuk membina Sistem Perhubungan Transit Aliran sebelum akhir 2024". Royston Sim (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 18 Januari 2018. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  16. ^ "Singapura, Malaysia bersepakat dengan jajaran bagi landasan perhubungan Woodlands-JB". Kenneth Cheng (dalam bahasa Inggeris). Today Online. 16 Januari 2018. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  17. ^ "Perhubungan RTS berjumlah S$1.34 bilion diteruskan mengikut jadual: Menteri Pengangkutan Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Today Online. 1 Jun 2018. Dicapai pada 8 Julai 2024.
  18. ^ "Isu Tanah Bukit Chagar: Tun M tegaskan kerajaan akan tuntut balik atau beli balik". Rohaniza Idris & Ahmad Suhael Adnan. Berita Harian. 3 Mei 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  19. ^ a b "Tiada pertikaian antara Putrajaya dengan Istana Johor, kata Guan Eng". Faiz Zainudin. Free Malaysia Today. 5 Mei 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  20. ^ "RTS Johor-Singapura dilewatkan". Alifah Zainuddin & Dasveenjit Kaur (dalam bahasa Inggeris). The Malaysian Reserve. 13 March 2019. Dicapai pada 9 Julai 2024.
  21. ^ Projek RTS disambung semula secara rasmi
  22. ^ "RTS Link". www.propertygenie.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2023-05-15. Dicapai pada 2023-09-02.