Sistem A-0
Sistem A-0 yang ditulis oleh Grace Hopper pada tahun 1951 dan 1952 utuk UNIVAC I, merupakan pengkompil pertama yang dibina untuk komputer elektronik.[1] A-0 berfungsi lebih kepada pemuat atau penghubung daripada maksud pengkompil moden. Sebuah program dikhususkan sebagai jujukan subrutin-subrutin dan argumen-argumen. Subrutin dikenal pastikan oleh kod angka dan argumen kepada subrutin itu ditulis secara terus selepas setiap kod subrutin. Sistem A-0 menukarkan pengkhususan tersebut kepada kod mesin yang boleh dibaca oleh komputer untuk membolehkan program tersebut dilakukan.
Sistem A-0 telah dicontohi oleh A-1, A-2, A-3 (dilepaskan sebagai ARITH-MATIC), AT-3 (dilepaskan sebagai MATH-MATIC) and B-0 (dilepaskan sebagai FLOW-MATIC).
Nota
sunting- ^ Hopper "Keynote Address", Sammet pg. 12
Rujukan
sunting- Hopper, Grace. "The Education of a Computer". Proceedings of the Association for Computing Machinery Conference (Pittsburgh) May 1952.
- Hopper, Grace. "Automatic Coding for Digital Computers". High Speed Computer Conference (Louisiana State University) February 1995. Remington Rand.
- Hopper, Grace. "Keynote Address". Proceedings of the ACM SIGPLAN History of Programming Languages (HOPL) conference.
- Ridgway, Richard E.. "Compiling Routines". Proceedings of the 1952 ACM national meeting (Toronto) ACM '52.
- Sammet, Jean (1969). Programming Languages: History and Fundamentals. Prentice-Hall. m/s. 12.