Sirkhan Danial
SirKhan Danial Salleh (lahir 5 Mac 1990) merupakan seorang komposer, penerbit, penulis lirik, pengarah muzik dan pelakon di Whiteroom Music. Beliau mula minat mencipta lagu dari bangku sekolah lagi. SirKhan Danial sering berkolaborasi bersama rakan-rakannya untuk menghasilkan sesebuah lagu. Lagu ciptaannya juga selalu tercalon dan pernah mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) dan pelbagai anugerah lain.
SirKhan | |
---|---|
Kelahiran | SirKhan Danial bin Salleh 5 Mac 1990 |
Status | Berkahwin |
Nama lain | Gouffran dan Rudy Kasmaran |
Pekerjaan | Komposer, Pengarah Muzik di Whiteroom Music, Pengasas Gouffran dan Rudy Kasmaran, Penerbit Penulis Lirik dan Pelakon |
Tahun aktif | 2015-kini |
Pasangan | Fashaatyra |
Anak-anak | Ruby |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Syarikat rakaman | Whiteroom Music |
Lagu pertama yang beliau cipta adalah pada tahun 2011, yang bertajuk Episode dan dinyanyikan oleh Akira Band. Sebelum penubuhan Whiteroom Music, SirKhan selalu menggunakan nama penanya iaitu Gouffran dan Rudy Kasmaran.
Kerjaya
suntingSirKhan mula mendapat tempat dalam industri muzik apabila lagu yang diciptanya, "Terakhir" nyanyian asli oleh Sufian Suhaimi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat muzik tanah air Malaysia. [1]
Beliau meneruskan perjalan sebagai komposer lagu, dengan mencipta lagu-lagu untuk penyanyi terkenal di Malaysia seperti Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Ariff Bahran dan ramai lagi. [2][3][4][5][6]
Sebelum beliau menubuhkan syarikat rakamannya tersendiri, SirKhan Danial selalu bekerjasama dengan syarikat rakaman lain seperti Aries Music dan Rusa Music untuk menghasilkan lagu untuk dinyanyikan oleh artis bawah naungan mereka. [7][8]
Sepanjang karier beliau sebagai komposer yang terkenal, beliau telah berjaya mencipta lebih 27 buah lagu. Kebanyakan lagu yang beliau hasilkan sering mencuri hati pendengar dan peminat muzik tanah air Malaysia. Terdapat banyak anugerah yang diperoleh SirKhan sepanjang beliau menjadi komposer.
Pada tahun 2019, beiau telah menubuhkan sebuah syarikat rakaman yang bernama Whiteroom Music. Nisha Haque, Mazryn Maysa, Haris Halim dan Hazreen Amreena merupakan bakat baru yang bernaung dibawah Whiteroom Music.
Tahun lepas (2020), SirKhan telah mencipta lagu pertama untuk syarikatnya sendiri yang bertajuk "Kekasih Baru" nyanyian asal oleh Haris Halim. Lagu ini juga mendapat sambutan dengan 198 ribu tontonan di YouTube dan pernah tercalon dalam segmen Lagu Baru Nak Up, ERA. [9][10]
Kehidupan Peribadi
suntingSirKhan dilahirkan dan dibesarkan di Rawang, Selangor. Sekarang ini, beliau telah menetap di Kajang, Selangor. Beliau telah berkahwin, serta mempunyai seorang cahaya mata (perempuan). Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, dan meneruskan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda untuk khusus 'Risk Management & Takaful' selama empat tahun. [11][12]
Sufian Suhaimi (penyanyi) merupakan kawan beliau dan mereka sering berkolaborasi untuk mencipta sesebuah karya lagu.
Kontroversi
suntingBeliau pernah mengalami kontroversi, apabila lagu ciptaannya "Tergantung Sepi" nyanyian oleh Haqiem Rusli telah diciplak oleh Kumpulan Muzik dari Indonesia. SirKhan mengatakan bahawa lagu tersebut telah meniru hampir 100% melodi asal lagu "Tergantung Sepi" itu dan berharap agar pihak syarikat FMC mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan orang lain berani mencuri karya dan idea orang lain tanpa kebenaran. [13][14][15]
Lagu tersebut berjudul "Pergi Saja" nyanyian oleh Symphony Band dari Indonesia. SirKhan telah menyatakan hasratnya supaya semua pengkarya diluar sana bekerja dengan jujur dan menganggap perkara ini sebagai pengajaran supaya tiada lagi kes ciplak idea ini berlaku lagi.
Diskografi Penerbitan
suntingSirKhan telah berjaya mencipta lebih 27 lagu sepanjang menjadi komposer. Beliau juga bekerjasama dengan komposer lain yang berbakat seperti Haqiem Rusli, Sang Hitam, Ibnu dan Sufian Suhaimi.
Tajuk | Penyanyi | Tahun |
---|---|---|
Terakhir | Sufian Suhaimi | 2016 |
Menahan Rindu | Wany Hasrita | |
Segalanya | Haqiem Rusli | |
Tergantung Sepi | Haqiem Rusli | 2017 |
Harus Aku | Sufian Suhaimi | |
Rintihan Rindu | Wany Hasrita | |
Kata Akhirmu | Ariff Bahran | |
Lebaran Terindah | Wany Hasrita, Ernie Zakri, Wani, Shamim,
Tajul dan Haqiem | |
Terasa Ada | Sufian Suhaimi | |
Kasih Lebaran | Sufian Suhaimi | |
Dimata Mu | Sufian Suhami | 2018 |
Kepuraanmu | Luqman Faiz | |
Ada Dalam Tiada | Nora | |
Misteri | Ernie Zakri | |
Darjat | Afieq Shazwan | |
Bersamamu | Fareez Fauzi | |
Seperti Ini | Fieya Julia | 2019 |
Tahkta Cinta | Luqman Faiz | |
Biar Saja | Azzam Sham | |
Suratan Ketentuan | Syafeek Ikhwan | |
Terlalu Memuja | Wany Hasrita | |
Suratan Luka | Muna Shahira | |
Teguh Setia | Muna Shahira | |
Lembah Kesepian | Haqiem Rusli | |
Bicara Rasa | Ariff Bahran & Sarah Suhairi | |
Selamat Berhari Raya | Ariff Bahran & Sarah Suhairi | |
Sedar | Fareez Fauzi | |
Kekasih Baru | Haris Halim | 2020 |
Bagaimana | Muna Shahirah & Zack Zakwan | |
Penjara | Shafeek Ikhwan | |
Harapan | Shaffiq Erwan | |
Yo Yo Oh | Nisha Haque | 2021 |
Anugerah dan Pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Juara Lagu (AJL) - 31 | Finalis | "Terakhir" nyanyian oleh Sufian Suhaimi | Tercalon |
2018 | Anugerah Digital Muzik ERA (EDMA) | Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 | "Menahan Rindu" nyanyian oleh Wany Hasrita | Pemenang |
Anugerah Juara Lagu (AJL) - 32 | Bebas | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP ERA | Lagu Meletop | Tercalon | ||
MYSC Awards | MYSC Breakthrough Awards (wanita) | Pemenang | ||
Anugerah Juara Lagu (AJL) - 32 | Bebas | "Tergantung Sepi" nyanyian oleh Haqiem Rusli | Pemenang Tempat Ketiga | |
Anugerah Planet Muzik (APM) | Lagu Paling Popular APM | Tercalon | ||
Anugerah Planet Muzik (APM) | Lagu Paling Popular APM | "Dimata Mu" nyanyian oleh Sufian Suhaimi | Tercalon | |
2019 | Anugerah MeleTOP ERA | Lagu Meletop | Tercalon | |
Anugerah Muzik Digita ERA (EDMA) | Lagu Paling Viral | Tercalon | ||
Anugerah Juara Lagu (AJL) - 33 | Persembahan Terbaik | Pemenang | ||
Anugerah MeleTOP ERA | Lagu Meletop | Tercalon | ||
The Malaysia Book of Records | Tontonan Muzik Video Paling Tertinggi Di YouTube Melayu | Pemenang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) - 32 | Lagu Paling Boom | Tercalon | ||
Anugerah MeleTOP ERA | Lagu Meletop | "Tergantung Sepi" nyanyian oleh Haqiem Rusli | Tercalon | |
Anugerah MeleTOP ERA | Lagu Meletop | "Menahan Rindu" nyanyian oleh Wany Hasrita | Tercalon | |
2020 | Anugerah Juara Lagu (AJL) - 34 | Terbuka | "Lembah Kesepian" nyanyian oleh Haqiem Rusli | Anugerah Pilihan Peminat Setel |
Pautan Luar
suntingSirKhan Danial di Instagram
Haris Halim di Instagram, TikTok
Hazreen Amreena di Instagram, TikTok
Rujukan
sunting- ^ Terakhir
- ^ Sufian Suhaimi
- ^ Wany Hasrita
- ^ Ernie Zakri
- ^ Ariff Bahran
- ^ Haqiem Rusli
- ^ Aries Music
- ^ Rusa Music
- ^ https://bebasnews.my/?p=40246
- ^ https://era.je/carta/era-je/lagu-baru-nak-up
- ^ Rawang, Selangor
- ^ https://www.unisza.edu.my/index.php?lang=ms
- ^ https://www.unitedlyrics.com/2017/07/tergantung-sepi-lirik-haqiem-rusli.html
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2019/10/16/sir-khan-danial
- ^ FMC Music