Siphiwe Tshabalala
Lawrence Siphiwe Tshabalala (lahir 25 September 1984 di Soweto), dikenali sebagai Siphiwe Tshabalala, merupakan seorang pemain bola sepak professional Afrika Selatan yang bermain sebagai pemain tengah untuk Kaizer Chiefs dalam Premier Soccer League.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Lawrence Siphiwe Tshabalala[1] | ||
Tarikh lahir | 25 September 1984 | ||
Tempat lahir | Soweto, Afrika Selatan | ||
Ketinggian | 1.70 m (5 ka 6 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Kaizer Chiefs | ||
Nombor | 14 | ||
Kerjaya remaja | |||
Phiri Arsenal | |||
Phiri Movers | |||
Kaizer Chiefs juniors | |||
Moroka Swallows juniors | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2003–2004 | Alexandra United | 26 | (7) |
2004–2007 | Free State Stars | 64 | (31) |
2007– | Kaizer Chiefs | 181 | (29) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2006– | Afrika Selatan | 90 | (12) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 Mei 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Disember 2013 |
Sejak membuat penampilan sulung pada tahun 2006, Tshabalala telah menjaringkan 12 gol dalam 90 perlawanan untuk Afrika Selatan, dalam tiga Piala Negara-Negara Afrika dan Piala Dunia FIFA 2010, dimana dia menjaringkan gol pertama pertandingan.
Kehidupan awal dan karier kelab
sunting"Shabba" atau "Ntho tse Monate" dilahirkan di Phiri - soweto kepada Isaac Tshabalala dan Rebecca Hadifele Makhubu (d. 2010). Tshabalala bermain di akademi Kaizer Chiefs dan bermain untuk pasukan senior selepas bermain untuk Alexandra United dan Free State Stars. Pada bulan Januari 2007 Chiefs membawa kembali produk mereka selepas Ea Lla Koto disingkirkan ke National First Division di akhir musim 2005/06.[2]Pada bulan Oktober 2009, Tshabalala dan Cesc Fabregas merupakan dua pemain pertama melancarkan Nike baru, CTR360 Maestri.[3]
Karier antarabangsa
suntingTshabalala membuat penampilan sulung untuk pasukan kebangsaan ketika perlawanan persahabatan menentang Mesir pada 14 Januari 2006.
Dia merupakan ahli skuad Afrika Selatan dalam Piala Negara-Negara Afrika 2006, Piala Negara-Negara Afrika 2008 dan Piala Konfederasi FIFA 2009.
Pada 11 Jun 2010, mendapat kap ke-50 nya untuk Afrika Selatan,[4] dia menjaringkan gol pertama Piala Dunia FIFA 2010 ketika menentang Mexico pada minit ke 55. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1–1.[5] Gol itu kemudiannya dicalonkan untuk gol tahunan oleh FIFA.
Gol antarabangsa
suntingKejayaan
sunting- Pemenang Piala Baymed 2006 (Stars)
- Pemenang Piala Amal Telkom 2010 (Chiefs)
- Pemenang Cabaran Vodacom 2009 (Chiefs)
- Pemenang MTN 8 2008 (Chiefs)
- Pemenang Telkom Knockout 2007, 2010, 2011 (Chiefs)
- Pemain Bola Sepak Tahunan Safa 2010
- Pemenang Absa Premiership 2012-2013 (Chiefs)
- Pemenang Piala Nedbank 2013 (Chiefs)
Rujukan
sunting- ^ "S. Tshabalala". Soccerway. Dicapai pada 16 April 2014.
- ^ http://www.kickoff.com/mobile/players/167/siphiwe-tshabalala
- ^ http://www.goal.com/en/news/1659/south-africa/2009/10/03/1537991/kaizer-chiefs-star-siphiwe-tshabalala-launching-nike-boot
- ^ "Shabba ranks opening draw". Skysports.com. 11 Jun 2010. Dicapai pada 11 Jun 2010.
- ^ Stevenson, Jonathan (11 Jun 2010). "South Africa 1–1 Mexico". BBC News. Dicapai pada 11 Jun 2010.
Pautan luar
sunting- Siphiwe Tshabalala – Rekod persaingan FIFA
- (Inggeris) Profil Siphiwe Tshabalala di National-Football-Teams.com